Temui Ajal Selepas Beraya

Tiga sekawan ditemui rentung apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah di Kawasan Perindustrian Bercham, Ipoh.
Beberapa gambar yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan kereta Proton Perdana yang dinaiki mangsa hangus terbakar.


Malah, kereta yang sudah kemek sepenuhnya berada di bawah lori sampah terbabit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, nahas membabitkan kereta Proton Perdana dinaiki tiga individu itu yang terbakar kira-kira 95 peratus apabila berlaku rempuhan dengan lori sampah.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan dibantu oleh BBP Tambun dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bercham bergerak ke lokasi sebaik panggilan diterima 8.05 malam tadi.
"Tiga mangsa dipercayai berbangsa India rentung. Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan Proton Perdana akibat kemalangan merempuh bahagian hadapan lori sampah," katanya dalam dalam satu kenyataan.
Setakat semalam, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya
Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.
28-05-2026
Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan
Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.
13-05-2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat