ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

MINI Countryman C, Varian Permulaan Terbaru Diperkenalkan – MHEV, 168 HP

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90535110_highRes.jpg


Barisan model MINI Countryman generasi ketiga kini bertambah dengan kehadiran MINI Countryman C sebagai varian permulaan.


MINI Countryman generasi ketiga kini ditawarkan dengan varian baharu, yang juga merupakan varian terendah bagi model ini, MINI Countryman C.


Crossover kecil ini dikatakan sebagai sebuah model yang  “selesa, luas, dan cekap” yang dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo tiga silinder daripada BMW Group dengan sistem hibrid ringkas (MHEV). Teknologi enjin yang digunakan memberikan kuasa sebanyak 168 HP dan tork 280 NM. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik dwi-klac (DCT).


Dari segi prestasi, MINI mengumumkan bahawa model ini boleh melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa sepantas 8.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 212 KM/J. Dengan teknologi MHEV, penggunaan tenaga menjadi lebih cekap yang MINI mendakwa bahawa kadar penggunaan minyak hanya 6.1 liter/100 KM. 


P90535126_highRes.jpg


Countryman C menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD).



P90535111_highRes.jpgP90535109_highRes.jpg


Dari luar, Countryman C mudah dikenali melalui penggunaan cladding hitam, rim bersaiz 17 inci, dan pilihan cat perak atau hitam metalik.


Sebagai varian permulaan, reka bentuk luar Countryman C kelihatan lebih asas berbanding dengan varian yang lebih tinggi, Countryman S. Ciri-ciri utama yang membezakan varian ini dengan varian lain adalah penggunaan cladding plastik berwarna hitam, rim aloi 17 inci yang lebih kecil dan pilihan cat perak atau hitam metalik.


Sementara itu, untuk ruangan kabinnya, BMW Group masih belum mengeluarkan imej rasmi untuk tatapan umum, namun Countryman C dikatakan akan menggunakan gabungan dua warna pada tempat duduk dan paparan bulat OLED bersaiz 9.5 inci yang berfungsi sebagai sistem infotainmen dan paparan instrumen. 


Sementara itu, tempat duduk belakang masih boleh digeserkan sehingga 5.1 inci, memberikan fleksibiliti antara ruang kaki belakang dan ruang kargo. Berkenaan dengan ruang kargo, Countryman C ini menawarkan kapasiti simpanan sehingga 1,460 liter.


P90535115_highRes.jpg


MINI Countryman C dijual pada harga permulaan €39,900 (~RM204,060) di Jerman


Varian terbaru ini, Countryman C, dijual pada harga bermula daripada €39,900 atau kira-kira RM204,060 di negara pengeluarannya, Jerman. 


Ketibaannya di pasaran lain masih belum disahkan buat masa ini, tetapi Countryman C  dijangka akan ditawarkan di kebanyakan pasaran bersama varian permulaan lain bagi jenama BMW, iaitu BMW X1. 

P90535113_highRes.jpg

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-01-2025
Kereta Baru

21-05-2024
Kereta Baru

04-03-2024
Global

19-12-2023
Global

09-11-2023
Kereta Baru

26-09-2023
Global

02-06-2023
EV

01-03-2023

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.