Pengecas DCFC 120kW Charge+ Kini Di R&R Skudai Arah Selatan – RM0.90/Min
-full_normal.webp)
R&R Skudai Arah Selatan menjadi tumpuan operator stesen pengecasan EV (CPO) kerana lokasi tersebut kini menempatkan enam stesen pengecasan EV daripada enam CPO berbeza dengan jumlah keseluruhan sembilan titik pengecasan.
Terkini, operator Charge+ telah melancarkan pengecas DC 120kW dengan dua sambungan kabel pengecas berdekatan dengan kafeteria baharu R&R Skudai. Pengecas baharu itu boleh menyalurkan kuasa maksimum sebanyak 60kW kepada dua EV secara serentak.
-full.webp)
Penyediaan stesen pengecas EV ini merupakan langkah pertama bagi CPO yang berpangkalan di Singapura ini dalam usaha menembusi pasaran penyediaan pengecas DCFC yang kompetitif di Malaysia. Charge+ kini mempunyai tiga fasiliti pengecasan lain di Malaysia, iaitu Teega di Johor Bahru, serta Residensi Vogue 1 dan The Westside One di Kuala Lumpur.
Menurut Charge+, fasiliti ini merupakan antara stesen pengecas EV yang terawal disediakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Malaysia dan merupakan nod utama dalam rangkaian pengecasan EV Charge+ berkepanjangan 5,000KM yang membabitkan negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Bagi sesi pengenalan, kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan pengecas EV ini hanya RM0.90/minit. Buat masa ini, Charge+ masih belum mengumumkan tarikh akhir promosi, sebarang kenaikan kepada kadar sebenar akan diumumkan pada tahun hadapan.
Pemilik EV yang ingin memanfaatkan tawaran promosi ini boleh memuat turun aplikasi Charge+. Aplikasi ini menyokong pembayaran kad kredit/debit, dengan pilihan untuk menambah nilai hingga RM250 dalam kredit Charge+ bagi pengalaman pengecasan yang lancar.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9729
SELANGOR
BST4769
JOHOR
JD6672J
PULAU PINANG
PSF3524
PERAK
APL2781
PAHANG
CFH6377
KEDAH
KGH8953
NEGERI SEMBILAN
NEL7082
KOTA KINABALU
SJT9165
KUCHING
QAB5223P
Terakhir Kemas Kini 05 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall
Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.
19-10-2025
Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.
17-10-2025
Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus
EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.
05-10-2025
PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.
30-09-2025
Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV
Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.
10-09-2025
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat