Range Rover Evoque Facelift Bakal Tiba

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) mengumumkan Range Rover Evoque model facelift bakal dilancarkan pada Januari depan.
Sime Darby Motors berkata, model tersebut akan menampilkan unsur reka bentuk baharu dan teknologi canggih yang pasti akan menarik perhatian.
Ini menjadikannya sebuah kenderaan lain daripada yang lain.

"Wajah baharu Range Rover Evoque memperlihatkan komitmen JLRM terhadap penambahbaikan berterusan dan merupakan hasil inovasi berterusan. JLRM bakal membawakan sebuah kenderaan mewah pintar kepada pelanggan Malaysia, dengan mengekalkan Range Rover Evoque DNA yang asli tetapi kini ditingkatkan ke tahap yang lebih menarik.
“Evolusi terbaharu yang diketengahkan melambangkan penyesuaian optimum, perincian rapi, keanggunan reka bentuk dan kemodenan tidak ditelan dek zaman milik Range Rover,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu,para peminat kenderaan itu boleh melihat warna dan juga kemasan luar dan dalam yang baharu.

“Ia bertujuan untuk memastikan kenderaan idaman ini kekal sebagai lambang kemewahan kompak,” tambahnya.
“Jentera itu yang disumbat dengan teknologi enjin petrol Ingenium sekali gus membuatkan model baharu Range Rover bakal meningkatkan kecekapan bahan api, kelancaran dan masa tindak balas.
Dengan bentuk badan sekadar, penampilan optimum, perincian rapi dan DNA reka bentuk Range Rover, menjadikannya mudah dikenal pasti dengan serta merta – tetapi kini ditambah baik dengan warna baharu dan kemasan lebih canggih.

Tambah kenyataan itu, dengan menekankan aspek keselamatan, lampu depan piksel LED baharu dengan grafik depan dan belakang agak menonjol.
“Selain itu, lampu belakang yang merah menyala, bukan sahaja meningkatkan tahap penglihatan tetapi juga mengurangkan silau bagi pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya lagi.
Difahamkan, jentera itu didatangkan dengan sistem infotainmen Pivi Pro terkini, dengan skrin sentuh kaca melengkung 11.4 inci terapung yang baharu.

Semua fungsi kenderaan kini boleh dicapai menerusi paparan baharu. Kawalan bagi iklim dan kekuatan audio sentiasa terpampang padankedua-dua palang sisi skrin baharu, dengan kawalan gelongsor berbilang fungsi. K
Konsol tengah baharunya turut memberikan ruang simpanan secukupnya dengan pengecas peranti tanpa wayar yang berada di bawah skrin sentuh.
Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi Bangsar Shopping Centre pada 3 hingga 7 Januari depan untuk melihat sendiri model terbaharu JLRM.
Untuk maklumat lanjut, https://www.landrover.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1854
SELANGOR
BSN9734
JOHOR
JYU4127
PULAU PINANG
PSB2566
PERAK
APG4843
PAHANG
CFG1471
KEDAH
KGF1826
NEGERI SEMBILAN
NEJ9761
KOTA KINABALU
SJR2757
KUCHING
QAB5238N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K
Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...
20-02-2024
Range Rover Sport 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM1.6 Juta
Range Rover Sport generasi ketiga dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia.
20-10-2023
Range Rover Velar: Harga Kayangan, Boleh Beli Rumah
Range Rover Velar sudah mendarat di pasaran tempatan.
22-09-2023
[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover
Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.
30-03-2023
Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit
Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.
26-02-2025
Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari
Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
10-01-2025
Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW
Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.
20-11-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat