Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu

Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024 disebabkan isu penyelewengan prosedur ujian keselamatan yang diakui oleh anak syarikat Toyota Motor Corp itu, lapor berita Reuters.


Mengimbas kembali, isu itu kembali hangat selepas siasatan keselamatan yang dijalankan oleh panel bebas mendapati ia membabitkan lagi 64 model, termasuk beberapa model yang dijual di bawah jenama Toyota.
Selain Jepun, penghantaran kenderaan yang terjejas juga terpaksa dihentikan di Indonesia dan Malaysia, namun kini terdapat perkembangan positif.
Ini kerana penghantaran kenderaan telah disambung semula di Indonesia kerana pihak berkuasa sudah mengesahkan piawaian keselamatan yang membabitkan semua model kereta.




Malah, Reuters melaporkan pengeluar automotif Malaysia Perodua telah pun menyambung semula produksi kenderaan mereka di Malaysia selepas mendapat kelulusan kawal selia.
Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh Perodua.
Cuma sebelum ini, Perodua ada memberi respons berhubung laporan Daihatsu menangguhkan penghantaran beberapa model ekoran isu keselamatan.

Menurut Perodua, pihaknya sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu skandal ujian keselamatan dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Sebaliknya, Perodua tidak menyebut sebarang tentang menghentikan pengeluarannya.
Buat masa ini, apa yang kita dapat perhatikan ialah na operasi Perodua sememangnya telah kembali normal, tetapi Perodua masih menutup mulut.

Dikhabarkan, penangguhan produksi yang dilakukan oleh Daihatsu bakal menjejaskan 8,000 syarikat pembekal, di mana Daihatsu berjanji akan memberikan pampasan kepada semua 423 syarikat pembekal domestik.
Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya.
Difahamkan, model yang terjejas bukan sahaja yang dijual di bawah jenama Daihatsu tetapi yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.
Ini bermakna isu itu turut membabitkan keseluruhan barisan jenama Perodua. Antaranya ialah Perodua Axia 1.0E, Ativa, Bezza, Myvi dan Aruz.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024
Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
14-02-2024
Skandal Daihatsu: Syarikat Bakal Tanggung Kerugian Cecah RM3.2 Bilion!
Pengeluar automotif Jepun, Daihatsu, terpaksa menghentikan pengeluarannya di Jepun. Ini berita selanjutnya...
03-01-2024
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA
Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.
20-12-2023
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize Dihentikan
Jualan Daihatsu Rocky/Toyota Raize dihentikan gara-gara salah laku ujian keselamatan.
22-05-2023
Jualan Yaris Ativ Dihentikan Tapi Ada Sebabnya
Toyota Motor Corporation telah menghentikan pengeluaran dan jualan Yaris Ativ di Thailand .
09-05-2023
Axia Selamat! Tidak Terkesan Penipuan Ujian Daihatsu – Perodua
PERODUA memberi jaminan penuh bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada model baharu Perodua Axia masih sah.
30-04-2023
Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.
08-08-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat