Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024

Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.
Pengumuman itu dibuat selepas melantik pengarah baharu termasuk presiden dan naib presidenn untuk menerajui anak syarikatnya, Daihatsu Motor Co.Ltd (DMC).
Ini bermakna, Pengerusi DMC, Sunao Matsubayashi dan Presiden DMC, Soichiro Okudaira sudah tidak lagi menggalas jawatan masing-masing.
DMC kini akan diterajui oleh Presiden baharu iaitu Masahiro Inoue manakala naib presiden eksekutif baharu ialah Masanori Kuwata.

Sementara itu, jawatan pengarah kini dipegang oleh Keiko Yanagi yang sebelum ini merupakan timbalan ketua pegawai di kumpulan Toyota Customer First Promotion.
Bagaimanapun, tiada lagi jawatan pengerusi kerana ia sudah dimansuhkan.
Difahamkan, barisan kepimpinan baharu Daihatsu ini akan memulakan tugas mereka berkuatkuasa 1 Mac nanti.
Toyota dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan melaksanakan langkah-langkah yang menyeluruh untuk mencegah perkara sama dari berulang.

Malah, pihakanya akan terus berusaha ke arah pemulihan masa depan Daihatsu.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf yang sedalam-dalamnya kepada pelanggan, pembekal, peniaga, komuniti di mana kilang kami berada, dan banyak pihak berkepentingan kami yang lain atas kesulitan dan kebimbangan yang disebabkan oleh isu penyelewengan pensijilan baru-baru ini," katanya.

Pada tahun lalu, kecoh apabila Daihatsu Motor terpaksa wmenggantung semua pengeluaran domestik disebabkan skandal berhubung pemalsuan ujian keselamatannya.
Susulan itu, Daihatsu mengumumkan bahawa siasatan mendapati 174 kes salah laku baharu berhubung ujian keselamatan ke atas kenderaan baharu yang meliputi 64 model.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge