ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Maserati-GranTurismo-3.jpeg


Naza Italia hari ini telah mendedahkan Maserati GranTurismo 2024. Dua varian ditawarkan iaitu GranTurismo Modena dan GranTurismo Trofeo. 


Kedua-dua varian menggunakan enjin V6 Nettuno. Modena dikuasakan oleh enjin Turbo Kembar V6 Nettuno 3.0 liter 490 hp (365 kW), manakala varian Trofeo yang menggunakan enjin sama diberikan peningkatan kuasa sehingga 550 hp (410 kW). Akan datang, versi elektrik sepenuhnya bakal ditawarkan dalam varian baharu, GranTurismo Folgero.  


MENJANJIKAN PEMANDUAN SPORTY YANG SEBENAR


Caricarz-Maserati-GranTurismo-2024-MYLaunch-7.JPGCaricarz-Maserati-GranTurismo-2024-MYLaunch-8.JPG


Model ini merupakan hasil projek inovatif yang dibangunkan secara teliti dengan bahan ringan seperti aluminium dan magnesium serta keluli berkualiti tinggi. Pendekatan ini membantu meningkatkan prestasi jentera ke tahap lebih tinggi, dengan tahap berat yang terbaik dalam kelasnya. 


Ini dipadankan dengan penggunaan senibina elektrik, Atlantis High, terbaru yang lebih cekap. Sistem ini juga dilengkapi dengan keselamatan siber tahap 5 yang canggih dan ciri flash-over-the-air. 


Maserati-GranTurismo-Trofeo-1.JPGMaserati-GranTurismo-Folgore-EV-(1).jpg

Maserati-GranTurismo-Modena-8.JPGMaserati-GranTurismo-Trofeo-8.JPG


Ciri penting yang membantu menjadikan Maserati GranTurismo sebuah kereta sport dengan pengalaman pemanduan terbaik dalam semua keadaan ialah ‘pusat kawalan utama’, Vehicle Domain Control Module (VDCM), membolehkan kawalan 360 darjah kesemua aspek sistem kereta.  


Bukan itu sahaja, bunyi 'ngauman' enjin Maserati (termasuk varian elektrik akan datang) telah disempurnakan oleh jurutera di Maserati Innovation Lab. 


KECANGGIHAN YANG MENAKJUBKAN


Maserati-GranTurismo-Trofeo-3.JPGMaserati-GranTurismo-Modena-3.JPG


Bergerak masuk ke dalam ruang kabin GranTurismo, pelbagai sistem inovatif dapat dilihat yang termasuk sistem multimedia  Maserati Intelligent Assistant (MIA), skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci terkini dengan paparan yang direka khas untuk keselesaan dan boleh dikawal melalui sentuhan jari. Ciri lain ialah jam digital serta papar pandu atau HUD yang ditawarkan sebagai pilihan tambahan.


Maserati-GranTurismo-Trofeo-4.JPGMaserati-GranTurismo-Modena-2.JPG


Pengalaman premium di dalam ruang kabin disempurnakan dengan sistem audio Sonus faber. Dua konfigurasi audio ditawarkan iaitu sistem Premium standard dengan 14 speaker dan keliling 2D, memberi output 860 kW; dan pilihan naik taraf kepada sistem audio High Premium 19 speaker dengan output sehingga 1,196 kW. 


HARGA


Maserati-GranTurismo-1.jpeg


Maserati GranTurismo Modena ditawarkan di pasaran pada harga RM 738,800, manakala Maserati GranTurismo Trofeo pula pada harga RM878,800 , harga yang dinyatakan tidak termasuk duti, cukai dan pilihan tambahan lain.  Selain dua varian tersebut, seperti yang dinyatakan di awal artikel, Naza Italia turut merancang untuk membawa masuk varian elektrik sepenuhnya, GranTurismo Folgore yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

Grecale 2024: Ada Varian Murah, Mahal, Mana Satu Pilihan Anda?

Tempahan untuk Maserati Grecale 2024 kini boleh dibuat di bilik pameran Maserati yang terletak di Petaling Jaya.

24-07-2024
Kereta Baru

Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta

Naza Italia secara rasminya telah membuat penghantaran Maserati Spyder MC20 Cielo yang pertama untuk pasaran Malaysia.

26-10-2023
Berita Auto

Ferrari Lantik Ital Auto Sebagai Pengedar Baharu Malaysia

Ferrari secara rasmi telah melantik Ital Auto Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar baharunya di Malaysia.

09-05-2023
Berita Auto

Sah: Naza Italia Digugurkan, Bukan Lagi Wakil Rasmi Ferrari Di Malaysia

Naza Italia Sdn Bhd (Naza Italia) kini digugurkan daripada menjadi wakil jenama Ferrari Malaysia yang rasmi.

08-03-2023
Kereta Baru

Naza Italia Lancar Maserati Grecale GT Hybrid 2023, Harga?

Naza Italia lancar Maserati Grecale GT 2023 sebentar tadi

03-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.