ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

P90546242_highRes.jpg


MINI Aceman EV crossover SUV baru telah dilancarkan secara rasmi semasa Auto China 2024 hari ini.


Kenderaan elektrik (EV) kompak, MINI Aceman akhirnya  membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024 yang berlangsung di Beijing hari ini. 


Model yang hanya ditawarkan dalam versi elektrik ini  hadir dalam dua varian iaitu E dan SE yang mana setiap varian ditawarkan dengan empat pilihan kemasan berbeza iaitu Essential, Classic, Favoured dan JCW. 


P90546374_highRes.jpgP90546390_highRes.jpg


Aceman diposisikan antara Cooper dan Countryman. Namun Aceman adalah satu-satunya model yang  tidak ditawarkan dalam versi ICE. 


Dari segi saiz dan dimensi, Aceman berukuran 4,075 mm (panjang),1,754 mm (lebar) dan  1,495 mm (tinggi), yang menjadikannya SUV sub-kompak (segmen B). Untuk perbandingan, ia 217 mm lebih panjang daripada MINI Cooper dan hanya 354 mm lebih pendek daripada Countryman.


P90546252_highRes.jpg


Walaupun ukurannya agak kecil, pasukan reka bentuk MINI mengekalkan prinsip reka bentuk "Penggunaan Ruang yang Bijak" jenama tersebut. Turut diberikan perhatian adalah ciri praktikal ruang kabin Aceman yang boleh memuatkan lima penumpang dan masih menawarkan ruang kargo yang luas mencapai kapasiti 300 liter.


P90546323_highRes-Edited-Web.jpg


Dari segi mekanikal dan teknikalnya, varian standard, Aceman E menggunakan bateri berkapasiti 40.7 kWj yang menghasilkan kuasa sebanyak 181 hp dan tork 290 Nm kepada roda depan. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak EV sejauh 310 km (WLTP). 


Sementara itu, Aceman SE pula dikuasakan oleh bateri berkapasiti lebih tinggi iaitu 54.2 kWj yang menyalurkan output 215 hp dan tork 330 Nm kepada roda depan. Jarak perjalanan yang mampu dicapai varian ini ialah 406 km (WLTP). 


P90546338_highRes.jpgP90546330_highRes.jpgP90546334_highRes.jpgP90546272_highRes.jpg


Dari segi rekaan, Aceman menggabungkan elemen daripada model 3 pintu, Cooper dan model 5 pintu, Countryman. Ini dapat dilihat daripada penggunaan cladding, pelindung skid dan rel bumbung jenis plastik yang berwarna hitam matte. 


Aceman kelihatan lebih kecil dan sporty berbanding Countryman terbaru, dengan bentuk badan yang lebih menjurus ke arah hatchback kompak berbanding SUV. Gaya kontemporari MINI jelas terlihat dalam rekaannya, iaitu unit lampu bersudut, gril oktagonal dan fender yang lebih menyerlah. 


Walaupun diberikan beberapa sentuhan baharu, beberapa elemen rekaan ‘klasik’ MINI dikekalkan seperti reka bentuk wraparound greenhouse dan juntaian (overhang) yang rendah. 


Berbeza pada model ini ialah penggunaan lampu depan LED dengan tiga mod grafik LED berbeza, serta lampu belakang jenis piksel. Bergantung kepada pilihan kemasan, terdapat tujuh pilihan rim dengan saiz antara 17 ke 19 inci. 


P90546348_highRes.jpg


Kabin Aceman menyerupai model lebih kecil, Cooper. Di sini terdapat satu skrin sentuh OLED bulat berukuran 9.44 inci. Kebanyakan fungsi kereta telah dimuatkan di dalam satu skrin yang sama, tetapi masih ada beberapa suis dan tombol fizikal untuk memudahkan kawalan. 


P90545659_highRes.jpgP90545666_highRes.jpgP90545674_highRes.jpg


Skrin infotainmen tengah Aceman ini menggunakan sistem operasi MINI Operating System 9 yang telah diintegrasikan dengan teknologi  Intelligent Personal Assistant bernama “Spike.” 


P90546306_highRes.jpgP90546307_highRes.jpg


Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi dengan 12 sensor ultrasonik dan empat kamera pandangan keliling yang membantu sistem ADAS kereta. Sistem ADAS ini adalah termasuk teknologi Driving Assistant Plus dan Remote Parking.


Selepas penampilan perdana hari ini, MINI Aceman dijangka akan dijual di pasaran utama seperti China, Eropah dan UK terlebih dahulu menjelang hujung tahun ini. Pengeluarannya akan dimulakan di kilang MINI di negara China sebelum diteruskan di kilang Oxford pada tahun 2026 nanti.  

P90546266_highRes.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-11-2024
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
EV

20-08-2024
EV

25-04-2024
EV

20-04-2024
EV

14-03-2024
EV

31-01-2024

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.