Penyedia Internet, TIME dotCom, Ambil Alih Charge N Go – Kini Ada Pengecas EV TIME Charge N Go


TIME kini menguasai pegangan majoriti Charge N Go
Syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) tempatan, TIME dotCom (TIME) telah mengambil alih 51% kepentingan dalam syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, Charge N Go.
Berdasarkan laporan daripada portal gaya hidup teknologi terkemuka tempatan, SoyaCincau, pemerolehan ini menyaksikan Charge N Go kini dikenali sebagai TIME Charge N Go. Perubahan jenama ini dapat dilihat melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram, namun laman web rasmi Charge N Go masih belum memaparkan sebarang perubahan.
Setakat ini, TIME atau Charge N Go belum membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini. Namun laporan daripada SoyaCincau mendedahkan bahawa TIME telah mengambil alih Charge N Go pada awal tahun ini.
![]()
Charge N Go diberikan penjenamaan semula sebagai TIME Charge N Go.
Laporan tersebut yang memperincikan penyata kewangan suku keempat TIME bagi tahun 2023 yang dikeluarkan pada 29 Februari tahun ini, mendedahkan bahawa beberapa pembayaran telah dibuat untuk mengambil alih CPO tersebut. Ini termasuk bayaran awal sebanyak kira-kira RM4.2 juta, diikuti dengan pembayaran lain berjumlah RM813,000 untuk memperoleh saham Charge N Go yang dipegang oleh firma bernama RWC1. Dengan kedua-dua transaksi ini, TIME kini memiliki 51% saham dalam CPO tersebut, menjadikannya anak syarikat TIME.

Rangkaian Charge N Go kini terdiri daripada 42 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB), semuanya dilengkapi dengan pengecas AC. Dua daripada kesemua titik pengecasnya ditempatkan di Johor Bahru dan satu di Singapura, selebihnya iaitu 39 EVCB lagi terletak di seluruh Lembah Klang dan boleh diakses melalui aplikasi Charge N Go.
Kini, TIME Charge N Go mengenakan bayaran sebanyak RM1/kWj kepada pengguna, tetapi sekiranya anda mendaftar dan melanggan keahlian tahunan yang ditawarkan, anda dapat menikmati kadar bayaran yang jauh lebih murah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall
Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.
19-10-2025
Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.
17-10-2025
Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus
EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.
05-10-2025
PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.
30-09-2025
Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV
Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.
10-09-2025
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
