Selain Trak Foton, JMC Vigus PRO Turut Dilancar

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton, Foton Auman dan JMC melancarkan tiga trak baharu untuk kegunaan pelbagai sektor komersial ringan di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2024 semalam.
Foton eAumark ialah trak ringan elektrik pertama yang ditawarkan secara rasminya di Malaysia.
Dengan pelancaran Foton eAumark, ia mencerminkan kesungguhan pihak syarikat ini untuk mengurangkan jejak karbon kenderaan komersial ringan.

Jentera ini dikuasakan dengan unit motor elektrik segerak magnet kekal, dimana ia mampu menghasilkan output 115kW dan tork lebih 900Nm.
Dengan pek bateri ferem fosfat 81.14kWh dari pembekal bateri EV terkemuka CATL, eAumark boleh dipandu sejauh 200km mengikut kitaran WLTP.


Menjengah luarannya, ia lengkapi dengan lampu depan LED serta sistem ADAS untuk memastikan keselamatan berada pada tahap maksimum sepanjang masa.


Ruang kabinnya agak luas dengan ukuran lebar 1,880mm sekali gus memberikan untuk keselesaan optimum.
Ciri lain termasuk stereng kuasa elektronik (EPS), pemilihan gear jenis tombol dan kluster instrumen LCD yang memaparkan semua maklumat penting termasuk status kuasa bateri dan jarak untuk memastikan kokpit mesra pemandu.
Malah ia turut dilengkapi sistem penyaman udara cekap tenaga untuk menambah baik kualiti sifat mampan trenkuasa elektrik penuh.
Difahamkan, setiap eAumark yang dijual disertakan kotak pengecas kotak dinding 22kW AC percuma untuk membolehkan trak sentiasa berada dalam keadaan cas penuh jika tidak digunakan.
-full.jpg)
Selain alat pengecas AC, pemilik bolehnmenggunakan kemudahan stesen pengecas pantas (DC) yang ada di seluruh negara.
eAumark boleh dicas penuh dari 20% keadaan cas (SoC) dalam tempoh sejam, menggunakan alat pengecas DC.
Dilancarkan bersama Foton eAumark ialah 2024 Foton Aumark S Euro 4. Foton Aumark S Euro 4 ditawarkan dengan pilihan empat dan enam roda.

Aumark S BJ1065 Euro 4 4-roda boleh ditetapkan jarak roda 2,800mm atau 3,360mm dan dikuasakan enjin Cummins ISF 2.8-liter dengan kotak gear ZF manual lima kelajuan.
Sementara itu, Aumark S BJ 1088 Euro 4 6-roda dilengkapi enjin lebih besar 3.8-liter dan kotak gear ZF enam kelajuan.
Kedua-dua trenkuasa sudah dinaik taraf untuk memenuhi piawaian Euro 4 dan keperluan biodiesel B20 bagi menambah baik kecekapan operasi.
Malah, Foton Aumark sudah menjalani ujian sejauh 1.6 juta kilometer dunia sebenar dengan mengharungi pelbagai permukaan jalan, cuaca serta ketinggian. Foton Aumark menguatkan reputasinya sebagai trak boleh dipercayai dan popular dunia, dengan lebih 4 juta unit dihasilkan dan dijual sejak 2003.
JMC VIGUS PRO
-full.jpg)
Turut menyertai pelancaran Foton eAumark dan Aumark S Euro 4 ialah sebuah trak pikap ringan jenama JMC yang turut diedarkan oleh ATM.
2024 JMC Vigus Pro White Series 4x2 Euro 4 ialah varian terbaharu dalam rangkaian produk JMC Vigus Pro di Malaysia.
Ia adalah model paling mampu milik dalam rangkaian produk selain JMC Vigus Pro White Series 4x4 dan model perdana JMC Vigus Pro Premium Series 4x4.

Daripada tiga varian ini, Vigus Pro White Series 4x2 baharu ialah varian tunggal yang menggunakan Sistem Pacuan 4x2, menjadikannya trak bandar paling sesuai untuk PKS serta syarikat pemula.

Seperti semua varian dalam katalog JMC Vigus Pro, White Series 4x2 juga dikuasakan enjin diesel ikonik 2.0-liter Puma 4-silinder dengan pengecas turbo.
Transmisi automatik digunakan ZF lapan kelajuan dengan pemilih gear elektronik dan paddle shifter yang menjadikan pemanduan lebih lancar dan menarik.
Vigus Pro White Series 4x2 Euro 4 dilengkapi kemudahan moden seperti skrin infotainmen sesentuh 8-inci dan pengelap cermin dengan sensor hujan selain memainkan tugas cemerlang sebagai trak serbaguna dengan kemampuan membawa muatan 950kg di atas katil kargo.
Foton eAumark BJ1045EVJAR3 elektrik penuh ditawarkan pada harga pengenalan RM238,000.
-full.jpg)
Setiap trak eAumark didatangkan dengan jaminan pengilang termasuk kabin dan casis sehingga tiga tahun atau 100,000km, yang mana tiba dulu.
Sebagai tambahan, unit motor, bateri 81.14kWh dan alat pengawal dilindungi jaminan lima tahun dengan had perbatuan sehingga 200,000km.
Harga Foton Aumark S BJ1065 Euro 4 4-Wheeler bermula dari RM98,400. Foton Aumark S BJ1088 Euro 4 6-Wheeler dijual pada harga kompetitif bermula dari RM115,300. Semua trak Foton Aumark S disokong jaminan mendahului industri iaitu 6-tahun/300,000km
Sementara itu, JMC Vigus Pro White Series 4x2 ditawarkan pada harga RM89,999 di Semenanjung Malaysia dan RM91,999 di Sabah dan Sarawak. Sama seperti model White Series 4x4, ia juga dilindungi jaminan tiga tahun/100,000km.
Bagi yang berminat, Foton eAumark, Foton Aumark S Euro 4 dan JMC Vigus Pro White Series 4x2 akan dipamerkan di Booth M14 di Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia 2024 bertempat di Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa MINES (MIECC) sehingga esok.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.
05-10-2021
TC Trucks Buka Bilik Pameran Baharu Di Johor Bahru
TC Trucks Sales Sdn Bhd (TCTS) melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan terkini dan moden di Bukit Indah, Johor Bahru baru-baru ini.
23-03-2022
Trak Pikap Ke-2 Terlaris Di China, JMC Virgus Pro Dilancarkan Di Malaysia!
Warisan TC Holdings Bhd telah melancarkan trak pikap baharu, JMC Vigus Pro.
13-10-2021
Trak Pikap Buatan China Ini Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
ATM dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan Vigus PRO 4X4.
05-10-2021
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat