ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Gentari Kini Tawar Sistem 'Autocharge' Di 16 Stesen, Tak Perlu Guna Aplikasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gentari-EV-down-(5).jpg


Walaupun populariti kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat di Malaysia, masih ramai yang tidak pernah dengar tentang sistem pengecasan 'autocharge.' 


Apa sebenarnya maksud sistem autocharge yang kini sudah mula ditawarkan oleh salah sebuah syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) di Malaysia, Gentari? Ini penjelasannya…


Apa Itu Autocharge?


Gentari-Caricarz-a.jpg


Teknologi autocharge memudahkan proses pengecasan kerana pengguna boleh terus memulakan sesi pengecasan selepas menyambungkan nozel pengecas pada kenderaan. Tiada aplikasi diperlukan. 


Chery-OmodaE5-Launch-PressPhoto-2.JPG


Beberapa syarikat telah menggunakan teknologi ini misalnya Tesla untuk rangkaian pengecasannya dan Chery melalui kerjasama dengan JomCharge untuk memudahkan pengecasan Omoda E5. 


Autocharge Gentari


Kini, mengikuti jejak langkah kedua-dua syarikat automotif tersebut ialah Gentari, walaupun bukan yang pertama di Malaysia, tetapi ini menjadikannya CPO pertama di negara ini yang menawarkan fungsi autocharge kepada orang awam, tanpa kerjasama dengan mana-mana jenama kereta. 


Buat masa ini, hanya 16 stesen DCFC hadir dengan teknologi autocharge sebelum dikembangkan secara berperingkat ke stesen pengecasan lain di seluruh negara. 


Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Sistem Autocharge Gentari?


Ciri autocharge Gentari ini ditawarkan eksklusif kepada pelanggan Power Pass. Dengan Power Pass, pelanggan dapat menikmati diskaun sebanyak 50% untuk pengecasan di KESEMUA 400 stesen Gentari di seluruh negara (tidak terhad kepada stesen autocharge), kecuali stesen rakan perayauan (roaming). 


Bagi menggunakan fungsi autocharge, anda perlu membuat pendaftaran Power Pass Gentari dengan mengunjungi mana-mana daripada 16 stesen  Gentari yang  memiliki sistem autocharge seperti Petronas Hentian Sebelah Juru (Arah Utara) di Penang, Petronas Hentian Sg. Buloh di Selangor dan XPark Sunway Serene di Petaling Jaya. 


Untuk autocharge kali pertama, pengguna perlu membuka aplikasi Gentari yang akan menunjukkan paparan pendaftaran Autocharge "Enroll Autocharge." Ikuti langkah yang dinyatakan. 


1-step.jpg



4-step-(1).jpg


Sebaik selesai, sesi pengecasan pada masa akan datang tidak lagi menggunakan aplikasi, anda hanya perlu tarik nozel pengecas dan sambungkan pada kenderaan untuk pengecasan secara serta-merta. Bagaimanapun, pengguna perlu mendapatkan kepastian sekiranya sistem ini disokong oleh model EV yang digunakan. 


Bagaimana EV Anda Dapat Dikenalpasti Semasa Autocharge?


Picture1.png


Kenderaan anda akan dikenalpasti dan dicaj berdasarkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) yang telah dimasukkan semasa proses pendaftaran. EV yang berbeza oleh satu pemilik yang sama memerlukan pendaftaran Power Pass yang berasingan.


Berapakah Bayaran Power Pass Gentari?


Power Pass Gentari boleh dilanggan dengan bayaran sebanyak RM899, memberikan akses kepada sistem pengecasan Gentari di seluruh negara dengan diskaun bernilai hingga RM2,400 selama setahun.

Sumber foto:  Facebook, Gentari & Fail Imej CariCarz

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall

Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.

19-10-2025
EV

Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.

17-10-2025
EV

Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus

EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.

05-10-2025
EV

PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.

30-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025

Berita Terkini

EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.