- Berita
- Kereta Baru
- SUV PHEV Berprestasi Tinggi, Lamborghini Urus SE Kini Di Malaysia – Capai 789 HP! Dari RM1,028,000
SUV PHEV Berprestasi Tinggi, Lamborghini Urus SE Kini Di Malaysia – Capai 789 HP! Dari RM1,028,000

Lamborghini Urus SE dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan bermula daripada RM1.028 juta.
Sebentar tadi, kedatangan Lamborghini Urus SE sebuah ‘Super SUV’ elektrik yang sporty dan elegan telah dirasmikan di negara kita. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM1,028,000, sebelum aksesori tambahan, duti, cukai dan kos atas jalan.
TRENKUASA LAMBORGHINI URUS SE
Lamborghini Urus SE menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) yang menjanjikan prestasi dan kecekapan luar biasa. Model ini diberikan enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang boleh menghamburkan kuasa setinggi 611 hp dan tork 800 Nm, lebih rendah berbanding Urus S dan Urus Performante, namun dengan gabungan motor elektrik berkuasa 189 hp dan 483 Nm, SUV berprestasi tinggi ini boleh mencapai kuasa keseluruhan setinggi 789 hp dan 950 Nm.



Bahagian elektrik model ini dipasangkan dengan bateri berkapasiti 25.9 kWj yang dipasang di bawah lantai, membolehkan kenderaan bergerak sehingga 60 km dengan kuasa elektrik sepenuhnya.


Kuasa disalurkan kepada roda, 4WD, melalui sistem transmisi automatik lapan kelajuan. Dengan teknologi trenkuasa ini, Lamborghini Urus SE boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 312 km/j. Jika dibandingkan dengan Urus S dan Urus Performante, masing-masing mencatatkan masa 3.5 (V-Max: 305 km/j) dan 11.2 saat (V-Max: 306 km/j).

Urus SE merupakan model pertama yang diberikan teknologi vectoring tork elektrik di bahagian tengah pada kedudukan memanjang dengan klac multi-plate elektro-hidrolik yang mengagihkan kuasa tork berbeza kepada gandar hadapan dan belakang secara berterusan.
Sebagai sebuah kereta sport mewah, pastinya mod pemanduan yang ditawarkan agak luar biasa. Secara keseluruhannya terdapat 11 mod pemanduan iaitu Strada, Sport dan Corsa (untuk jalan raya dan litar), Neve, Sabbia dan Terra, (untuk permukaan dengan cengkaman berbeza daripada asfalt), serta EV Drive, Hybrid, Performance dan Recharge.
REKA BENTUK LAMBORGHINI URUS SE

Dari segi rekaan, Lamborghini Urus SE semestinya kelihatan menyerlah di jalan raya dengan gaya sporty dan elegan. Di bahagian hadapan, ia diberikan lampu hadapan LED matriks, dan bampar dan gril dalam reka bentuk baharu.


Dari tepi, Urus SE diberikan rim aloi Galanthus bersaiz 23 inci (dengan pilihan kustom dari 21 hingga 23 inci) yang dipadankan dengan tayar standard, Pirelli P Zero.



Model ini diberikan pelbagai sentuhan ikonik seperti gugusan lampu berbentuk “Y” di bahagian belakang. Diffuser yang dipasang pada spoiler belakang kali ini memberikan daya ke bawah (downforce) yang 35% lebih tinggi berbanding Urus S.
Underbody Urus SE turut diberikan air vent dan air duct baharu yang boleh menyejukkan enjin dan sudut mekanikal kenderaan dengan prestasi yang 15% lebih baik.
KABIN LAMBORGHINI URUS SE

Begerak masuk ke bahagian dalam Super SUV ini, anda akan disajikan dengan ruang kabin yang sarat dengan teknologi, mengetengahkan konsep kokpit eksklusif Lamborghini iaitu “pengalaman seperti seorang juruterbang,” kabinnya dipasangkan dengan skrin yang lebih besar, berukuran 12.3 inci dengan interface (HMI) yang kini lebih intuitif. Kelengkapan lain ialah kluster instrumen 12.3 inci. Sudut lain Lamborghini Urus SE kelihatan tidak jauh berbeza daripada keluaran sebelum ini.
HARGA LAMBORGHINI URUS SE
Lamborghini Urus SE ditawarkan di pasaran oleh Lamborghini Kuala Lumpur (Sunagata Supercars Sdn Bhd) pada harga bermula daripada RM1,028,000, sebelum aksesori tambahan, duti, cukai dan kos atas jalan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Auto China 2024: Lambo Urus SE, 789 Hp, V8 PHEV
Enjin V8 dan sistem PHEV membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setakat 789 hp dan tork 950 Nm.
25-04-2024
Sampai Hati Rosakkan Lamborghini Bos
Gara-gara bengang dibuang kerja, seorang lelaki tergamak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya di Taman Melawati, Ampang, baru-baru ini.
30-08-2024
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Auto China 2024: Lambo Urus SE, 789 Hp, V8 PHEV
Enjin V8 dan sistem PHEV membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setakat 789 hp dan tork 950 Nm.
25-04-2024
Urus Performante, Edisi Terhad, Ada 40 Biji Je
Lamborghini menayangkan Lamborghini Urus Performante "Essenza SCV12" Limited Edition.
18-05-2023
Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi
Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.
24-03-2023
Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?
Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.
17-10-2022
Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?
Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.
21-09-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge