ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lotus Emeya Ada 3 Varian: Harga RM555K - RM777K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lotus Cars Malaysia  (Lotus Karz Sdn Bhd) secara rasmi  melancarkan model Hyper-GT terbaharunya, Emeya ke pasaran tempatan.

Lotus Emeya didatangkan dalam tiga varian dimana varian asas Emeya dijual pada harga (RM RM555,000),  Emeya S (RM643,000) dan  Emeya R (RM777,000).

Ketiga-tiga varian ini dipacu dengan dua motor elektrik dan turut menggunakan bateri sama yang berkapasiti 102 kWj walaupun varian teratas digandingkan dengan transmisi dwi-kelajuan yang lebih tinggi berbanding dengan dua varian bawahnya.

Bagi varian asas Emeya dan Emeya S, kedua-duanya mampu menghamburkan kuasa  603 hp dan 710 Nm dimana masing-masing boleh memecut dari  0-100 kilometer sejam hanya dalam hanya 4.2 saat.

image.pngimage.png

Sementara itu, kelajuan maksimum pula adalah  250 km/j.

Bagaimanapun, kedua-duanya menawarkan jarak gerak yang berbeza dimana varian asas hanya boleh bergerak 610 kilometer, Emeya S (540 km) dan Emeya R (435 km).

image.png

Namun lain pula bagi keupayaan Emeya R. Ini kerana varian teratas ini mampu menghamburkan kuasa setakat 905 hp dan tork 985 Nm.

Emeya R juga mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 2.8 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 256 km/j.

Menyentuh mengenai pengecasan, ketiga-tiganya menggunakan pengecasan pantas DC yang berkapasiti 350 kW sekali gus membolehkan Emeya mengecas baterinya semula dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 18 minit. 

image.png

Selain itu Emeya asas dipasangkan dengan rim bersaiz 20 inci manakala dua varian lain didatangkan dengan rim 21 inci.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, kesemua varian Emeya menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), terdapat sistem audio KEF berkuasa 2,160-watt dengan 23 pembesar suara, skrin bersaiz 55 inci dan  turut menggunakan sistem pembatalan bunyi bersepadu atau Road Noise Cancellation (RNC).

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, kesemua varian Emeya didatangkan dengan jaminan pembuat selama lima tahun / 150,000km, dan jaminan untuk bateri selama lapan tahun / 200,000km.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.

29-03-2024
EV

EV Sporty, Lotus Emeya, Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Lotus secara rasmi telah melancarkan sedan EV GT mereka ke pasaran Thailand, Lotus Emeya.

29-03-2024
EV

Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem

Kini ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan.

14-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.