MPV Elektrik Zeekr 009 Dikesan Di Jalan Raya Malaysia – Pelancaran Semakin Hampir?

Jenama kenderaan elektrik (EV) mewah milik Geely, Zeekr, dijangka akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia tidak lama lagi. Menjelang kemasukannya ke pasaran tempatan, sebuah MPV elektrik, Zeekr 009 dilaporkan telah dikesan di jalan raya Malaysia baru-baru ini.
Tanpa Pelekat Samaran

Kenderaan ini telah dikesan oleh seorang pengguna Facebook, Yuri Iskandar, yang memuat naik foto Zeekr 009 di dalam kumpulan Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC).
Menariknya, MPV dari China ini dilihat tanpa sebarang pelekat samaran, memperlihatkan reka bentuk luaran yang jelas. Zeekr 009 ini juga menggunakan lesen perdagangan dan bukannya plat nombor kenderaan biasa, menunjukkan bahawa model ini masih belum didaftarkan secara rasmi.
Tanpa pelekat samaran, kita dapat melihat dengan jelas semua butiran dan elemen reka bentuk pada bahagian luaran Zeekr 009, termasuk lampu belakang LED berkelebaran penuh, rim aloi berbilang multi-spoke, dan logo 009 di bahagian belakangnya. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada unit ini adalah versi pemanduan sebelah kanan (RHD) atau sebaliknya.
Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?
-full.webp)

Selain MPV Zeekr 009 (kini), kita juga mengjangkakan kedatangan SUV Zeekr X (kanan) ke pasaran Malaysia.
Kemunculan Zeekr 009 secara tiba-tiba di jalan raya Malaysia memberi petanda bahawa pelancarannya di pasaran tempatan mungkin semakin hampir, yang dijangka berlaku pada penghujung tahun ini.
Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa jenama Zeekr dijadualkan akan memasuki pasaran Malaysia di bawah entiti baharu yang dinamakan Sentinel Automotive, bukan melalui anak syarikat Proton, PRO-NET. Difahamkan, entiti baharu ini diasaskan oleh Mohammed Reza Abdul Mutalib, yang juga pengasas Lotus Karz, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Lotus di Malaysia.
Baca: Jenama EV Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Di Bawah Sentinel Automotive
Model Lain Bakal Menyusul
Selain daripada MPV Zeekr 009, pasaran Malaysia juga dijangka akan menerima kehadiran SUV crossover Zeekr X, yang telah pun dilancarkan di pasaran ASEAN lain, termasuk Thailand dan Singapura.
Baca: Zeekr Bakal Lancar 4 SUV, 2 MPV & Sebuah Model Estate Menjelang 2026
Spesifikasi Zeekr 009


Secara ringkasnya, Zeekr 009 adalah sebuah minivan elektrik sepenuhnya yang menggunakan platform SEA seperti kebanyakan model EV lain milik Geely. Ia dikuasakan oleh pek bateri yang besar, dengan kapasiti sehingga 140 kWj. Pek bateri ini memberikan jarak perjalanan EV sehingga 822 km (CLTC), manakala sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor membolehkan model ini menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 536 hp, yang membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat.
Kemunculan Zeekr 009 di Malaysia menandakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan pasaran EV tempatan. Kita hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana model ini akan bersaing dengan jenama EV lain di pasaran.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge