Sistem Infotainmen ATLAS Terbaru Bakal Ada YouTube, TikTok, Game


Tahun ini, cabang teknologi Proton, ACO Tech, meraikan ulang tahun kelimanya. Bertemakan "ATLAS: Reimagined," syarikat ini telah mendedahkan segala yang boleh dijangkakan daripada firma ini pada masa akan datang, khususnya untuk sistem infotainmen ATLAS.
Peningkatan Pengalaman Pengguna


Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, ATLAS versi terbaru yang akan ditawarkan kelak, menjanjikan peningkatan pengalaman pengguna kereta Proton. Antara penambahbaikan penting yang didedahkan adalah peningkatan pada fungsi pengecaman suara (VR), di mana ATLAS kini boleh menyokong bahasa tempatan seperti Bahasa Melayu dan Cina, termasuk dialek Mandarin dan Kantonis.


Selain itu, ACO Tech sedang membangunkan sistem tindak balas kecemasan e-Call dan sistem komunikasi Vehicle-to-Vehicle (V2V) yang berasaskan awan untuk membantu dalam situasi gangguan lalu lintas atau kemalangan.
Aplikasi Baharu dan Sistem Navigasi yang Lebih Baik


ATLAS versi baharu ini juga mampu menyokong lebih banyak aplikasi penstriman dan permainan seperti YouTube, TikTok dan lain-lain.


Seiring dengan sokongan aplikasi baharu ini, sistem navigasinya juga diperbaharui, di mana ia kini boleh memaparkan anggaran tahap bahan api, jumlah tol yang terkumpul sepanjang perjalanan, serta laporan mengenai kemalangan di sepanjang laluan.
Masa Depan Mobiliti Elektrik Proton




Bagi model EV Proton yang akan datang, ACO Tech sedang membangunkan ciri sentuhan sekali sahaja (one-touch) melalui aplikasi terbina dalam (built-in) yang akan memudahkan pengguna mencari stesen pengecasan terdekat, membuat pembayaran dan merancang perjalanan dengan EV mereka.
Sebelum ini, PRO-NET mengesahkan bahawa EV e.MAS 7 akan memiliki peta pengecasan yang sama seperti EV smart. Mungkin kita akan melihat aplikasi serupa daripada ACO Tech ditawarkan di dalam kereta elektrik pertama negara.
Pembentangan Laporan dan Logo Baharu ACO Tech

Selain memperkenalkan ciri-ciri terbaru ATLAS, ACO Tech turut membentangkan laporan bertajuk “Senario Aplikasi dan Tadbir Urus Data Kenderaan Terhubung di Malaysia” semasa acara ulang tahun kelimanya.
Laporan ini, yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Pengerusi ACO Tech Dr. Li Chunrong kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang, memberikan analisis terperinci mengenai teknologi kenderaan terhubung global dan Malaysia, dengan penekanan pada kemajuan dalam 5G, AI dan data besar.


ACO Tech juga telah memperkenalkan logo baharu yang melambangkan “dinamisme syarikat, bersama visi, arah dan aspirasi baharu dalam sektor teknologi automotif yang sangat kompetitif."
Perkembangan ACO Tech dari Awal Penubuhan


Sejak penubuhannya pada tahun 2019, ACO Tech telah membuat beberapa pencapaian, termasuk menjadi penyedia perkhidmatan awan automotif pertama di Malaysia yang membolehkan penyelesaian mobiliti pintar dalam ekosistem ATLAS, yang merangkumi unit infotainmen (IHU), aplikasi dan jam tangan.
Sehingga kini, syarikat ini telah membina rangkaian lebih daripada 300,000 kereta terhubung di Malaysia dan membentuk pelbagai kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat daripada pelbagai industri.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2487
SELANGOR
BSQ3648
JOHOR
JYX3064
PULAU PINANG
PSC5034
PERAK
APH6771
PAHANG
CFG6023
KEDAH
KGG2173
NEGERI SEMBILAN
NEK4878
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8435N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV
Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.
19-02-2024
Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?
Benarkah X50 akan datang bakal hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay? Ini kupasannya...
27-11-2023
Bayar Parkir Guna Unit Infotainmen Proton Dengan Pay & Go
ACO Tech berjaya mengintegrasikan sistem pembayaran parkir pintar Pay & Go Sarawak ke dalam ATLAS OS.
06-10-2023
6 Perkara Kenapa PROTON X50 Masih Boleh Dibeli Lagi!
Kenapa PROTON X50 masih kekal relevan. Baca 6 Perkara Ini!
21-09-2023
PROTON DX, Pusat Pengalaman Digital Pertama Di M'sia
ACO Tech melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, Proton Digital Experience (Proton DX).
19-06-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Sistem Infotainmen Kereta Terkini, ATLAS
ACO Tech melancarkan operasi sistem infotainmen, kenderaan, ATLAS yang agak canggih dan moden di ibu kota petang tadi.
07-06-2022
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat