ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Dedah Teaser Sedan Elektrik ES90 – Kemunculan Rasmi Mac 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Volvo baru-baru ini telah mendedahkan rancangan masa depannya dalam acara 90/90 yang diadakan di Sweden. Walaupun syarikat automotif ini telah membatalkan misi untuk menjadi jenama kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang tahun 2030, umum tetap disajikan dengan sebuah teaser untuk model elektrik baharunya, ES90.


Dalam video teaser berdurasi 17 saat itu, sebuah siluet kenderaan dengan nama "Volvo ES90" dan perkataan “Coming Soon” dipaparkan. Namun, Volvo tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai reka bentuk atau spesifikasi model ini. 


Penggunaan nama “ES” membayangkan ia bakal tiba sebagai sebuah sedan elektrik yang menjadi model andalan (flagship) Volvo pada masa akan datang. 


Sentuhan Baharu


Volvo-ES90-Teaser_3.png


Walaupun hanya sebahagian kecil rekaan didedahkan, garis badan yang dipaparkan dalam teaser menunjukkan beberapa elemen reka bentuk yang diambil daripada sedan sedia ada Volvo iaitu S60 dan S90. Ciri-ciri seperti dek belakang yang tinggi dan but pendek menyerupai model S60 dan S90 versi enjin pembakaran dalaman (ICE). Namun, tiang A model ES90 kelihatan seperti terletak lebih jauh ke depan, memberikan isyarat reka bentuk baharu untuk sedan elektrik ini.


Dibangunkan berdasarkan Platform SPA2


Volvo-ES90-Teaser_2.png


Model ini dijangka akan dibangunkan berdasarkan Platform SPA2 yang direka khas untuk EV, platform sama yang digunakan pada SUV elektrik EX90. Sekiranya benar, ia akan menampilkan bateri berkapasiti 111 kWj dan menawarkan pilihan pacuan roda belakang (RWD) dengan motor tunggal, atau pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor. Output kuasa model ini berkemungkinan melebihi 500 hp.


Lebih Besar daripada S90


Volvo-ES90-Teaser_1.png


Berdasarkan laporan awal, ES90 bakal hadir dengan ukuran panjang 4,999 mm, lebar 1,945 mm, tinggi 1,547 mm dan jarak roda sepanjang 3,100 mm. Lebih panjang sebanyak 160 mm berbanding S90 dan 40.6 mm daripada S90L. Dengan dimensi ini, ES90 dijangka bakal muncul sebagai sedan yang lebih besar dan selesa, khususnya untuk pasaran China yang cenderung kepada sedan yang panjang.


Autoblog melaporkan bahawa ES90 dibangunkan dengan kerjasama pasukan jurutera dari Shanghai dan dipercayai akan berkongsi beberapa aspek pembangunan dengan sedan elektrik Geely Galaxy E8.


Pelancaran di Stockholm Mac Ini


Volvo telah mengesahkan bahawa model pengeluaran ES90 akan dipertontonkan buat pertama kali pada Mac 2025 dalam sebuah acara di Stockholm. 

Sumber: Autoblog, InsideEVs

Baca: Volvo EX30 Bakal Masuk M'sia, Ada 3 Varian, Harga Belum Tahu Lagi

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-10-2026
Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

15-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

17-10-2025

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.