ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli

Suhana Veru

Kongsi melalui

47-One-for-the-album.jpg

Percaya atu tidak, tiga Isuzu D-Max membuktikan kemampuan penjimatan bahan api yang cukup luar biasa apabila mencatatkan perjalanan jarak sejauh 2,000 km dengan hanya menggunakan satu tangki bahan api penuh berkapasiti 76 liter.

Kejayaan tiga varian berbeza Isuzu D-Max dalam acara Dura Miles Challenge itu turut dilakar dalam  Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.

50-All-smiles-after-the-feat.jpg

Tiga unit itu terdiri daripada Isuzu D-Max, — 1.9 liter 4x2 Auto Plus, 1.9 liter 4x4 Auto Premium dan 3.0 liter 4x4 X.

Perjalanan itu bermula dari bandar Phitsanulok di Thailand dan kemudian diakhiri di Pusat 3S Ultra Gallant Isuzu di Klang, Selangor, baru-baru ini.

30-Border-Crossing-2.jpg

Difahamkan, ujian ini turut dipantau oleh pegawai teknikal daripada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang sekali gus menjadi pemerhati bagi memastikan tiada isian semula dilakukan sepanjang menempuh perjalanan.

Bercakap ketika menyambut ketibaan semua kenderaan terbabit di Pusat 3S Ultra Gallant Isuzu di Klang, Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata kejayaan itu membuktikan kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue Power yang memberikan prestasi di luar jangkaan kebiasaan penggunaannya.

37-Winds-picking-up-speed.jpg36-Still-cruising-comfortably.jpg

“Walaupun kami tidak menjangkakan setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu mereka sejauh 2,000 km bagi setiap isian bahan api, ia jelas menunjukkan tahap kejuruteraan yang telah diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkannya mencapai keupayaan dalam skala tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Isuzu D-Max pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan satu tangki diesel.

38-Going-strong.jpg

Bagaimanapun, ini bukan kejayaan pertama yang dilakar Isuzu D-Max memandangkan sebelum ini, jentera itu pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan menggunakan satu tangki diesel.

Susulan itu, Isuzu dikatakan  telah berjaya menguji dengan memandu model 1.9 liter Single Cab dengan beban satu tan dan mencapai jarak lebih 1,000 km dengan menggunakan satu tangki penuh bahan api.

27-Heading-for-the-border.jpg20-Passing-through-numerous-Thai-towns.jpg

Ini bermakna, Isuzu D-Max 2024 bukan sahaja menampilkan rekaan luaran aerodinamik, tetapi menampilkan enjin Euro 4 yang mampu menawarkan  kecekapan bahan api yang cukup memukau.

Mengulas lanjut, Okazoe mengakui pihaknya tidak menjangkakan setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu mereka sejauh 2,000 km.

“Sebaliknya, ia jelas menunjukkan tahap kejuruteraan yang telah diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkannya mencapai keupayaan dalam skala tersebut,” ujarnya. 

33-Familiar-soil.jpg

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo pula berpendapat, di sebalik kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat termasuk harga diesel, mereka yang menggunakan Isuzu D-Max sebenarnya beruntung kerana memiliki jentera yang jimat minyak.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jarak perjalanan luar biasa trak pikap D-Max, layari pickuptruck.isuzu.net.my.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT1770

SELANGOR

BSN9721

JOHOR

JYU4091

PULAU PINANG

PSB2554

PERAK

APG4835

PAHANG

CFG1470

KEDAH

KGF1819

NEGERI SEMBILAN

NEJ9756

KOTA KINABALU

SJR2749

KUCHING

QAB5236N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial

Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

03-02-2026
Berita Auto

Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden

Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.

24-11-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan

Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.

29-07-2025
Berita Auto

Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia

Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.

28-04-2025
Berita Auto

Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?

Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.

21-04-2025
Kereta Baru

Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik

Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.

26-02-2025
Kereta Baru

Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20

Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.

14-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.