Proton Kekal No. 2 Walaupun Jualan Kereta Turun Pada Bulan September

Pengeluar kereta nasional PROTON mencatatkan jualan sebanyak 11,269 unit (domestik + eksport) pada bulan lepas sekali gus menjadikan jumlah jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.
Namun jumlah jualan bagi industri automotif sebenarnya menurun pada bulan September, yang secara sejarahnya merupakan bulan yang perlahan, memandangkan jumlah volum industri (TIV) dianggarkan menurun ke tahap terendah dalam tempoh 17 bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah turut mengakui September secara tradisional adalah bulan yang perlahan bagi industri automotif, dan 2024 juga tidak terkecuali.
-full_normal.jpg)
“Pengurangan dalam volum PROTON adalah jauh lebih kecil berbanding penurunan dalam TIV. Ini menunjukkan cabaran sukar bagi suku akhir tahun untuk industri automotif,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuk Proton meningkatkan jualannya semula.
Ini kerana Proton meletakkan harapan yang tinggi untuk Proton X70 2025 yang baru dilancarkan pada Ogos lalu. Proton dikatakan mahu mengembalikan syarikat ke kedudukan teratas pasaran SUV segmen C dalam tempoh terdekat ini.

Begitupun, harapan itu menjadi kenyataan apabila 1,466 unit terjual pada bulan lepas. Ini membolehkan Proton X70 meraih semula gelaran sebagai SUV segmen C terlaris.
Pencapaian ini merupakan volum jualan tertinggi untuk model tersebut sejak Disember 2022 dengan hampir dua kali ganda jualan yang dicapai pada Ogos tahun ini,
Ia merupakan bukti minat yang kuat dari rakyat Malaysia terhadap model Proton baharu itu.

Selain itu, dua model SUV PROTON yang lain juga muncul sebagai peneraju jualan bagi bulan tersebut.
Antaranya, Proton X50 yang terus menunjukkan prestasi jualan yang kukuh dengan 1,771 unit terjual.

Ini juga membolehkan ia terus memimpin jualan SUV segmen B YTD, kedudukan yang telah dipegangnya sejak dilancarkan pada tahun 2020.
Bagi Proton X90, rangkaian utama PROTON kembali meraih kedudukan teratas dalam jualan segmen D dengan 217 unit terjual, menjadikan jumlah YTDnya sebanyak 2,724 unit yang mendahului pasaran.

Model lain yang mendahului segmennya untuk jualan YTD adalah Proton S70. Sedan segmen C kekal sebagai peneraju jualan kumulatif untuk segmen ini dan menambah 1,013 unit, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 14,768 unit dalam tahun penuh pertama jualannya.
Walaupun sementara terkeluar dari kedudukan teratas dalam senarai jualan bulanan, ia akan mendapat dorongan dengan pelancaran Proton S70 S3 yang dijadualkan untuk bersaing dalam perlumbaan ketahanan Sepang 1000km pada November ini.

Bagaimanapun, jualan terbaik PROTON masih kekal dengan Proton Saga, yang mencatatkan 5,162 jualan bulan lepas, menempatkannya di tempat kedua bagi sedan segmen A.
Malah, Proton Persona mencatatkan jualan sebanyak 1,295 unit, manakala Proton Iriz mendapat jualan yang stabil dengan 345 unit terjual.
Sehubungan itu, tambah Roslan, pihaknya cukup yakin bahawa PROTON mempunyai produk yang diperlukan untuk meningkatkan volum jualan dalam tiga bulan akan datang.
“Ini akan diperkukuh dengan aktiviti promosi kami dan tidak lama lagi, kami akan melancarkan kempen di seluruh negara untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan hadiah dan anugerah yang menarik.
“Pada masa yang sama, usaha kami untuk memberikan pengalaman jenama premium di pusat jualan dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan akan diteruskan sebelum memuncak dengan pelancaran tawaran EV pertama kami pada bulan Disember,” ujarnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge