SAIC Motor Malaysia Lantik Emory QiFeng Sebagai Pengarah Urusan Baharu

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelantikan Emory QiFeng sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat itu. Dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif global, Qi akan mengetuai pengembangan syarikat dan jenama MG di pasaran Malaysia yang terus berkembang pesat.
Pengalaman Luas Dalam Industri Automotif

Emory Qi memulakan kerjayanya pada tahun 1998 dan memegang pelbagai jawatan kepimpinan di SAIC-Volkswagen Sales Co., Ltd. Kepakarannya dalam perancangan rangkaian dan pembangunan strategi selepas jualan menjadikan beliau aset penting kepada syarikat.
Pada tahun 2023, Qi dilantik sebagai Pengarah Perniagaan Global di SAIC Motor International Co., Ltd., di mana beliau membantu merangka pelan pengembangan global syarikat. Qi menyertai SAIC Motor Malaysia pada 2024 sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dinaikkan pangkat kepada Pengarah Urusan. Kini, beliau akan bertanggungjawab terhadap pengurusan jualan, pemasaran serta strategi produk syarikat.
Fokus Terhadap Pengalaman Pelanggan

“Memikul tanggungjawab di SAIC Motor Malaysia merupakan satu penghormatan dan [lantikan ini] berlaku pada waktu yang menarik. Tumpuan saya adalah untuk meneruskan momentum yang telah dibina di pasaran ini, mengembangkan penawaran produk dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik,” kata Qi.


SAIC secara rasmi kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran model MG ZS EV dan MG4 pada Mac tahun ini. Seterusnya, model baharu MG5 yang bakal dilancarkan petang ini dan dijangka akan memberikan saingan yang sengit kepada Honda City, Nissan Almera dan Toyota Vios.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'
Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.
09-06-2026
SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026
SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.
16-10-2025
SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu
SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
10-09-2025
SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya
SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.
09-12-2024
Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900
Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!
SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.
02-12-2024
SAIC Motor Malaysia Buka Gudang Alat Ganti MG Motor
SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan sebuah gudang alat ganti MG Motor di Lembah Klang.
14-11-2024
SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan
SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20 para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.
12-11-2024
Berita Terkini
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

