SAIC Motor Malaysia Rai 39 Juruteknik MG Tamat Latihan Teknikal ICE, EV

SAIC Motor Malaysia meraikan kejayaan seramai 39 Juruteknik Bertauliah MG yang berjaya menamatkan latihan teknikal, baru-baru ini.
Program latihan teknikal itu membabitkan teknologi Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Kenderaan Elektrik (EV), dengan kerjasama jurulatih serta akademik tempatan yang berpengalaman.
Difahamkan, modul dan sukatan pelajaran diambil dari pasaran global SAIC sendiri bagi memastikan juruteknik memenuhi piawaian antarabangsa.

Malah, SAIC Motor International ada menjemput SAIC Motor Malaysia untuk menyertai inisiatif latihan global bagi model MG4 dan ZS EV di Shanghai, serta MG5 dan MG HS di Thailand.
Susulan itu, juruteknik SAIC Motor Malaysia menerima sijil sebaik menamatkan latihan praktikal yang membabitkan kerja-kerja menyelenggara dan membaiki kenderaan MG terkini di seluruh dunia.
Apa yang cukup menarik, dua penasihat perkhidmatan adalah wanita daripada 39 graduan yang turut berminat untuk menjadi juruteknik EV.

Dalam pada itu, SAIC Motor Malaysia juga berhasrat untuk menghantar juruteknik ini untuk menjalani latihan yang lebih mendalam, yang membabitkan bidang EV dan Teknologi Bateri Voltan Tinggi, serta peningkatan Kemahiran dari Junior Tech ke Master Tech.
Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, latihan dan perkhidmatan adalah aspek penting dalam pengalaman pelanggan memandangkan kemasukan kenderaan elektrik semakin meningkat di Malaysia.
“Kami mahu tenaga kerja yang mahir yang dapat memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, kami mahu menyediakan sokongan selepas jualan berkualiti tinggi kerana ia dapat menyakinkan pelanggan kami ketika mereka beralih kepada kenderaan inovatif MG nanti ,” katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: SAIC Motor Malaysia Bakal Gegar KLIMS 2026: Tampil MG ZS Baharu & 'IM'
Daripada Klasik Ke IM6 Elektrik, Ini Sebab Kenapa Booth MG Wajib Dikunjungi di KLIMS 2026.
09-06-2026
SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026
SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.
16-10-2025
SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu
SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.
10-09-2025
SAIC Motor, Kementerian Pengangkutan Meterai Kerjasama, Tingkatkan Keselamatan Jalan Raya
SAIC Motor Malaysia mahu membantu Malaysia meningkatkan standard keselamatan kenderaan.
09-12-2024
Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900
Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!
SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.
02-12-2024
SAIC Motor Malaysia Buka Gudang Alat Ganti MG Motor
SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan sebuah gudang alat ganti MG Motor di Lembah Klang.
14-11-2024
SAIC Motor Malaysia Rai Penyerahan Istimewa MG5 Kepada Pelanggan
SAIC Motor Malaysia mengadakan majlis penyerahan kereta MG5 kepada 20 para pelanggannya, dalam satu acara yang diadakan di MG Motor Glenmarie (Mega Galeri Sdn Bhd), baru-baru ini.
12-11-2024
Berita Terkini
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora
Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.
11-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat