Tempahan EV Zeekr X & Zeekr 009 Kini Dibuka – Anggaran Dari RM180K & RM370K


Jenama kenderaan elektrik (EV) premium China, Zeekr, telah memulakan operasi secara rasmi di Malaysia. Bagi meraikan pencapaian ini, Zeekr Malaysia (Sentinel Automotive) telah membuka tempahan bagi dua model pertamanya untuk pasaran tempatan iaitu SUV crossover Zeekr X dan MPV Zeekr 009, masing-masing pada harga yang dianggarkan sekitar RM180,000 dan RM370,000.
SUV Crossover Premium: Zeekr X


Zeekr X akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship. Varian Premium menggunakan motor tunggal RWD yang menghasilkan 268 hp, manakala varian Flagship, mempunyai dua motor AWD dengan kuasa keseluruhan 422 hp.
Varian RWD boleh mencapai 0-100 km/j dalam 5.6 saat, manakala varian AWD hanya 3.8 saat. Kedua-dua varian dibangunkan berdasarkan platform Geely SEA, sama seperti smart #1 dan Volvo EX30, dengan bateri 66 kWj yang menyokong pengecasan DC 150 kW, membolehkan pengecasan dari 10-80% dalam masa hanya 30 minit.

Lima pilihan warna luaran ditawarkan untuk Zeekr X iaitu Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green. Untuk kabin, hanya satu tema sama ditawarkan iaitu gabungan warna Charcoal Black dan Stone Grey.
MPV Elektrik Berkuasa Tinggi: Zeekr 009

MPV mewah Zeekr 009 hadir dalam dua varian iaitu Luxury 7 tempat duduk dan Ultra Luxury 6 tempat duduk. Susunan untuk varian 7 tempat duduk adalah 2-2-3, manakala 6 tempat duduk adalah 2-2-2. Kedua-dua varian diberikan tempat duduk eksklusif Sofaro First Class Aeronautic di barisan kedua, yang dilengkapi dengan fungsi urutan, pengudaraan dan memori.




Kedua-duanya mempunyai sistem AWD dengan kuasa 603 hp dan tork 693 Nm, menjadikannya MPV mewah paling berkuasa di Malaysia. Bateri 116 kWj memberi jarak sehingga 582 km (WLTP) apabila dicas penuh. Model ini boleh dicas dengan pengecas pantas DC 150 kW.


Zeekr 009 sarat dengan pelbagai ciri canggih seperti skrin OLED 17 inci yang dipasang pada bahagian bumbung untuk penumpang belakang, skrin infotainmen sentuh 15.05 inci, panel instrumen digital 10.25 inci, serta papar pandu (HUD) realiti terimbuh (AR) 35.95 inci.
Tiga pilihan warna luaran ditawarkan untuk Zeekr 009 iaitu Phantom Black, Electric Blue dan Crystal White Pearl. Bahagian kabin pula tampil mewah dengan balutan kulit Nappa dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Stone Grey & Polar White dan Midnight Blue & Polar White.
Tempahan Kini Dibuka


Bagi yang berminat, tempahan untuk Zeekr X boleh dibuat di laman web rasmi Zeekr Malaysia dengan bayaran RM2,000, manakala tempahan Zeekr 009 memerlukan bayaran RM4,000. Walaupun harga indikatif telah diumumkan, tarikh pelancaran rasmi kedua-dua model masih belum ditetapkan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA7324
SELANGOR
BSQ4461
JOHOR
JYX5403
PULAU PINANG
PSC6002
PERAK
APH7814
PAHANG
CFG6375
KEDAH
KGG2606
NEGERI SEMBILAN
NEK5244
KOTA KINABALU
SJS1366
KUCHING
QAB9173N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat