ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

466347596_953729476786150_7845839011557954862_n.jpg


Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.


Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.31 pagi, sebelum sepasukan sembilan anggota, diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohd Gaddafi, dikejarkan ke lokasi kejadian.


Pasukan bomba tiba dengan dilengkapi satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah lori tangki dan dua motosikal.


Operasi Pemadaman Api dan Keselamatan Penumpang


465841057_953729493452815_6004125711819298802_n.jpg466414412_953729470119484_5624300087923080845_n.jpg465791136_953729440119487_2495725886664148520_n.jpg465795885_953729526786145_5761282729357848084_n.jpg


Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati EV Neta sudah terbakar sepenuhnya.


“Anggota membuat pemadaman menggunakan satu portable water mist, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hose berserta foam sehingga api terpadam,” katanya.


Operasi pemadaman selesai pada kira-kira 6.10 pagi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.


Punca Kejadian


ev-neta.png


Berdasarkan kenyataan oleh pemilik kenderaan tersebut melalui laman Facebook rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Neta V miliknya telah melanggar  serpihan tayar lori di lorong laju, sebelum kereta mengeluarkan asap secara serta-merta.


Menyedari bahaya yang mungkin berlaku, dia segera memberhentikan kereta di lorong kecemasan dan membawa penumpang keluar dengan selamat. 


image-(11).jpg


"Kami bersyukur Neta menyelamatkan nyawa kami," katanya.


"Airbag berfungsi seperti yang dijangka, dan rekaan tempat duduk melindungi kami daripada hentaman. Kenderaan berjaya digerakkan ke lorong kecemasan, yang membolehkan kami keluar tanpa sebarang kecederaan," jelasnya lagi. 


Kenyataan Rasmi Pengedar Neta di Malaysia, Intro Synergy


image-(13).jpg


Pengedar rasmi Neta di Malaysia, Intro Synergy, mengesahkan kejadian ini dan memaklumkan bahawa ia adalah kes terpencil akibat halangan jalan. Syarikat itu berjanji untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi menyiasat punca kebakaran.


Web_CariCarz_Neta-V-Launched-59.jpg


Walaupun kenderaan terlibat musnah sepenuhnya, keselamatan penumpang tetap terjamin dengan ciri keselamatan EV yang berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan, ini membolehkan kesemua penumpang keluar dengan selamat.

Insiden ini menunjukkan betapa pentingnya  ciri keselamatan yang tinggi dan komprehensif dalam sesebuah EV, selain tindak balas pantas daripada agensi tindakan kecemasan untuk mengelakkan kejadian yang lebih serius.

Baca: Neta V Kini Rasmi Di Malaysia - EV Termurah Di Malaysia, Dari RM100K

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-02-2026
Global

05-08-2025
EV

26-12-2024
Berita Auto

09-12-2024
EV

09-11-2024
EV

11-03-2024
EV

12-01-2024
Kereta Baru

25-10-2023

Berita Terkini

EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.