GWM Cipta Rekod Tersendiri, Catat Jualan 331% Tahun Lepas
Great Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan pertumbuhan tahunan sebanyak 331% pada tahun lepas.
Lonjakan dalam pertumbuhan jualan GWM Malaysia ini sebenarnya ada kaitan dengan beberapa pengenalan model baharu GWM sepanjang tahun lepas.


Antaranya seperti GWM ORA 07, SUV ‘off-road’ GWM TANK 300, dan SUV hibrid bersaiz sederhana GWM Haval H6 HEV telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan ini.
Bagi model GWM Haval H6 HEV sahaja, pihak GWM telah menerima 1,500 tempahan dalam masa sebulan sejak pelancaran. SUV itu.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, para pembeli di Malaysia dilihat lebih mengutamakan nilai inovasi, kualiti, dan kepercayaan.
“Ini adalah tanggungjawab dan komitmen yang diberi keutamaan oleh GWM dalam menawarkan produk dan perkhidmatan di luar jangkaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk makluman, Great Wall Motor turut mencatatkan pencapaian jualan global yang cemerlang pada 2024 dengan jumlah keseluruhan kenderaan terjual sebanyak 1.23 juta unit, menyumbang kepada rekod jualan kumulatif sebanyak 14.9 juta unit.


Kepimpinan dan kewibawaan syarikat ini dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) terbukti dengan penghantaran sebanyak 321,795 unit, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 22.82%.
Jualan luar negara juga merekodkan peningkatan sebanyak 43.39% kepada 453,141 unit sekali gus membuktikan penguasaan jenama GWM yang terus berkembang di pasaran global.
Untuk itu, bermula bulan ini, GWM Malaysia membuka tirai tahun baharu dengan memperluaskan akses pelanggan kepada pemilikan kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina melalui promosi "Drive Into Prosperity".

Kempen eksklusif ini menawarkan para pelanggan peluang untuk meraikan musim perayaan dengan manfaat istimewa, termasuk ganjaran had perjalanan 10,000 km secara percuma dengan setiap pembelian GWM HAVAL H6 HEV*.
Untuk keterangan lanjut mengenai promosi layari, https://www.gwm.com.my/Dealer.html
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge