ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

TGR Malaysia Musim Ke-7 Melabuhkan Tirai – Aksi Akhir yang Mendebarkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TGR_S7_R3_Flag-Off-(SDE)-31.jpg


Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR Malaysia) Musim Ke-7 berakhir dengan perlumbaan epik Vios Challenge yang berlangsung hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.


TGR_S7_R3_Flag-Off-(SDE)-38.jpgTGR_S7_R3_Flag-Off-(SDE)-39.jpg


Dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM630,000, TGR Malaysia terus mencipta nama sebagai siri perlumbaan bertaraf antarabangsa, menarik penyertaan pemandu dari dalam dan luar negara.


Naquib Azlan Kuasai Kategori Super Sporting


TGR_S7_R3_R2_Super-Sporting-(SDE)-20.jpg
TGR_S7_R3_R2_Super-Sporting-(SDE)-62.jpgTGR_S7_R3_R2_Super-Sporting-(SDE)-63.jpg

Bagi kategori Super Sporting yang cukup sengit untuk pemandu profesional, pelumba Axle Sports, Naquib Azlan, dinobatkan sebagai juara. Beliau menamatkan dominasi juara bertahan, Mitchell Cheah dari Prima Pearl TD Racing yang berada di tempat kedua. Sementara itu pemandu Telagamas Toyota, Freddie Ang, meraih tempat ketiga. 


Ketiga-tiga mereka membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan, dengan Naquib menerima ganjaran terbesar sebanyak RM80,000, diikuti Mitchell sebanyak RM60,000 dan Freddie RM40,000.


Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat Naquib selepas memenangi kategori Rookie dan Sporting sebelum ini. Namun, kemenangan yang dicapai kali ini tidak mudah, selepas beliau terlibat dalam insiden pelanggaran dramatik dengan Mitchell pada perlumbaan Ahad lalu, yang menyaksikan Mitchell dikenakan penalti oleh juri.


Kenneth Koh Dominasi Kategori Sporting


TGR_S7_R3_R2_Sporting-(SDE)-30.jpgTGR_S7_R3_R2_Sporting-(SDE)-58.jpgTGR_S7_R3_R2_Sporting-(SDE)-52.jpg


Dalam kategori Sporting untuk pemandu separa profesional, pelumba bagi pasukan PCM Group Racing Team, Kenneth Koh, berjaya mendapatkan kemenangan berturut-turut sepanjang hujung minggu. Pencapaian mantap ini membuka peluang untuk Koh dinaikkan ke kategori Super Sporting pada musim hadapan.


Di tempat kedua ialah pemandu Race Rally KL, Shafiq Samsudin, diikuti oleh Elson Lew dari BAE Racing di tempat ketiga. Koh membawa pulang hadiah berjumlah RM60,000, manakala Shafiq dan Elson masing-masing menerima RM40,000 dan RM20,000.


“Ini adalah [perlumbaan] musim ketujuh saya, dan untuk memenangi kejuaraan ini selepas usaha selama bertahun-tahun adalah sesuatu yang luar biasa. Saya bersedia untuk berdepan dengan cabaran baharu dalam Super Sporting Class,” ujar Koh ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.


Adam Mikail Menyerlah Dalam Kategori Rookie


TGR_S7_R3_R2_Rookies-(SDE)-19.jpgTGR_S7_R3_R2_Rookies-(SDE)-43.jpgTGR_S7_R3_R2_Rookies-(SDE)-44.jpg


Bagi kategori Rookie, pelumba muda berbakat besar, Adam Mikail, mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai juara. Beliau mengatasi pesaing terdekat, Brandon Ho, di tempat kedua dan Raja Amirul Syauqat di tempat ketiga.


Kemenangan ini menjadi penanda aras penting dalam karier Adam, seorang pelumba kart berusia 18 tahun, yang bakal beraksi dalam kategori Sporting pada musim akan datang.


Prestasi Raja Amirul, yang pertama kali menyertai perlumbaan sebenar selepas melalui siri simulasi perlumbaan Toyota GR GT Cup, turut mendapat perhatian apabila berjaya berada di tempat ketiga.


Rasai Semula Debaran Perlumbaan


Bagi yang ingin menyaksikan semula aksi perlumbaan mendebarkan ini, anda boleh menonton siaran ulangan menerusi saluran rasmi YouTube TGR Malaysia.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-09-2024
Berita Auto

19-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.