ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jaecoo J7 PHEV Bakal Dilancarkan Bulan Ini – Cecah 1,400 KM, Bawah RM170K?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jaecoo-J7-PHEV-Launch-in-Feb-2025.jpg


SUV Jaecoo J7 PHEV bakal dilancarkan di Malaysia secara rasmi bulan ini


Jaecoo J7 PHEV akhirnya disahkan akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia dalam bulan ini, Februari 2025. Kehadiran model separa elektrik pertama jenama ini di pasaran tempatan  diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Jaecoo Malaysia.


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-27.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-30.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-6.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-4.jpg


Pertama kali dipertontonkan di Malaysia pada Oktober tahun lalu, model hibrid plug-in (PHEV) ini masih mengekalkan banyak elemen sama dengan versi enjin pembakaran dalaman (ICE). Namun, terdapat beberapa perbezaan ketara seperti kehadiran port pengecasan CCS2 di bahagian kanan fender belakang serta rim aloi 19 inci dengan rekaan lebih aerodinamik.


Kabin Dengan Ciri Baharu


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-16.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-13.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-17.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-15.jpg


Di bahagian dalaman, berbanding model standard, konsol tengah kini menggunakan tuil gear jenis column shifter yang dipasang pada stereng, menggantikan rekaan ala jet pejuang sebelum ini. Selain itu, tiada lagi mod pacuan AWD untuk versi ini. 


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-14.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-9.jpg


Ciri utama lain dikekalkan, termasuk skrin infotainmen bersaiz besar 14.8 inci dalam kedudukan potret, kluster instrumen digital 10.25 inci dan papar pandu (HUD). 


Untuk keselesaan, tempat duduk depan boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan fungsi pengudaraan. Aura premium terserlah melalui penggunaan balutan kulit sintetik hitam, kehadiran bumbung suria panorama dan sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara.


Sistem Hibrid Canggih


Caricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-25.jpgCaricarz-MBA-Jaecoo-J7-PHEV-Preview-32.jpg


Perubahan terbesar bagi model ini terletak pada sistem trenkuasanya. Jaecoo J7 PHEV dikuasakan oleh Super Hybrid System (SHS) baharu, yang terdiri daripada enjin 1.5L 4 silinder TGDi Dedicated Hybrid Engine (DHE) generasi kelima dengan kecekapan terma 44.5%, motor elektrik tunggal di hadapan, serta transmisi hibrid khas (Dedicated Hybrid Transmission – DHT).


Gabungan sistem ini menghasilkan output keseluruhan 342 hp (347 ps) dan 525 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding versi ICE yang hanya menghasilkan 194 hp (197 ps) dan 290 Nm menerusi enjin 1.6L TGDi.


Jarak Pemanduan Cecah 1,400 KM Dengan Satu Cas & Tangki Penuh


Jaecoo-J7-PHEV-ChinaDrive-12.jpgJaecoo-J7-PHEV-Drive-SGMYThai-9.jpg


Selain output kuasa yang mengagumkan, J7 PHEV turut menawarkan jarak pemanduan luar biasa. Dalam ujian jarak jauh yang diadakan di China hujung tahun lalu, SUV ini berjaya mencatatkan jarak hampir 1,300 km dengan sekali cas dan satu tangki penuh. Ujian serupa yang dilakukan oleh Jaecoo Malaysia di rantau ini pula menunjukkan angka lebih tinggi iaitu 1,427 km.


Harga Anggaran RM170,000, Lebih Mahal Daripada Model ICE


Jaecoo-J7-PHEV-ChinaDrive-8.jpg


Setakat ini, harga anggaran bagi Jaecoo J7 PHEV adalah sekitar RM170,000, lebih tinggi berbanding model ICE. Selain pelancaran SUV hibrid ini, Jaecoo Malaysia juga merancang untuk memperkenalkan beberapa model baharu tahun ini, termasuk EV SUV J6 serta SUV tiga baris tempat duduk J8, yang kedua-duanya telah telah dipertontonkan secara rasmi tahun lalu.

Baca: Jaecoo J7 PHEV Capai 1,427 KM Sekali Cas & Satu Tangki

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA7546

SELANGOR

BSQ4509

JOHOR

JYX5499

PULAU PINANG

PSC6054

PERAK

APH7864

PAHANG

CFG6379

KEDAH

KGG2671

NEGERI SEMBILAN

NEK5261

KOTA KINABALU

SJS1384

KUCHING

QAB9201N

Terakhir Kemas Kini 31 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

06-05-2025
Global
Berita Auto
Berita Auto
Kereta Baru

26-03-2025
Berita Auto

21-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.