Penang Capai 50% Sasaran 600 EVCB Tahun Ini – DCFC ChargeSini Terbaru

Kerajaan negeri Pulau Pinang menyasarkan untuk menyediakan sehingga 600 petak pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) menjelang akhir tahun ini. Sasaran ini diumumkan dalam satu majlis pelancaran rasmi stesen pengecas pantas DC terbaru ChargeSini di negeri itu, yang berlangsung semalam.
Selari dengan Matlamat Kerajaan

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB H’ng Mooi Lye, sasaran ini seiring dengan matlamat kerajaan persekutuan yang mahu membangunkan 10,000 EVCB di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Transformasi Tempat Letak Kenderaan Sedia Ada
Sebagai sebahagian daripada fasa pertama rancangan ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan kajian kesesuaian lokasi pemasangan EVCB di sekitar pulau tersebut. Bagaimanapun, kekangan ruang yang terhad menjadi cabaran utama untuk merealisasikan projek ini.
Bagi mengatasi cabaran tersebut, MBPP bercadang untuk mengubah suai ruang parkir sedia ada menjadi ruang pengecasan EV yang boleh diakses oleh pengguna dengan lebih mudah. Ini termasuk penukaran ruang parkir di kompleks MBPP serta parkir tepi jalan bagi memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan elektrik.
Separuh daripada Jumlah Sasaran Telah Dicapai

Semakan menerusi MEVnet menunjukkan bahawa setakat ini, terdapat 344 EVCB aktif di Pulau Pinang yang ditempatkan di 278 lokasi. Ini bermakna MBPP telah mencapai 50% daripada sasaran yang ditetapkan.
Semua stesen ini dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang April 2025 dengan kadar caj RM1.09/kWj bagi pengecasan AC dan RM1.19/kWj bagi pengecasan DC.
Dalam perkembangan terkini, sebanyak 52 unit pengecas telah dipasang di 26 lokasi setakat Januari 2025 dan kini menunggu bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Daripada jumlah tersebut, dua unit merupakan pengecas AC 22 kW, manakala 50 unit lagi terdiri daripada pengecas pantas DCFC 60 kW.
Pengecas DCFC ChargeSini Terbaru di Gat Lebuh Cina


Antara penambahan terbaru dalam rangkaian pengecasan EV di Pulau Pinang ialah fasiliti DCFC ChargeSini yang terletak di Gat Lebuh Cina, berhadapan Digital Penang. Stesen ini dilengkapi dengan pengecas pantas DC 60 kW dua nozel yang mempunyai keupayaan pengagihan kuasa dinamik. Pengguna boleh menggunakan kemudahan ini pada kadar RM1.29/kWj.
Baca: LRT Pulau Pinang Bakal Dibina, Antara Projek Mega 2025
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat