ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), melancarkan secara rasminya, Defender V8 di pasaran tempatan.

Defender V8 boleh didapati dalam dua pilihan iaitu Defender 110 V8 dan Defender 130 V8. 

Defender 130  V8 hadir dengan enjin  5.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 500 PS dan tork 610 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 5.7 saat.

image.png

Sementara itu, Defender 110 V8 pula dipacu dengan  enjin 5.0L supercharged V8, dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  525PS dan tork 625Nm, serta keupayaan memecut dari  0-100 km/j boleh dibuat dalam masa 5.4 saat. 

image.png

Kedua-duanya direka untuk memberikan pengalaman memandu luar biasa, sama ada menyusuri jalan-jalan bandar atau mengharungi permukaan jalan lasak.

Dari segi kelengkapan, Defender V8 dilengkapi dengan empat  ekzos yang mampu menghasilkan bunyi V8 yang berbeza daripada versi lain.

Difahamkan, Defender V8 meneruskan warisan terdahulunya, tetapi menggabungkan kuasa dan prestasi tinggi dengan kejuruteraan moden yang dinaik taraf. 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya,  Defender 110 V8 menyediakan kerusi belakang boleh dipanaskan 40:20:40 dengan reka bentuk lipatan terpisah serta ada perehat tangan di tengah.

image.pngimage.png

Bagi  Defender 130 V8 pula, ia hadir dengan  kerusi belakang 60:40 dengan ruang kargo boleh dibesarkan jika kerusi belakang direbahkan. 

image.png

Defender 110 V8 dijual pada harga  RM998,000 manakala  RM1.198 juta untuk Defender 130 V8.        

image.png

Untuk mendapatkan harga termasuk cukai dan sebutan harga istimewa,  hubungi cawangan JRLM Ara Damansara (+603-7651 2000).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2420

SELANGOR

BSP108

JOHOR

JYU4311

PULAU PINANG

PSB2687

PERAK

APG4941

PAHANG

CFG1524

KEDAH

KGF1925

NEGERI SEMBILAN

NEJ9813

KOTA KINABALU

SJR2795

KUCHING

QAB5250N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025
Global

Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih

Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.

29-05-2025
Berita Auto

Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.

10-10-2024
EV

Ini Dia Video Acah Range Rover Elektrik, Prestasi Setanding Enjin V8?

Jaguar Land Rover (JLR) baru-baru ini telah mendedahkan beberapa imej dan video acah yang pertama untuk SUV mewah terkenalnya, Range Rover.

18-12-2023
Berita Auto

[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover

Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.

30-03-2023
Global

Ini Bukan Defender Biasa, Badan Lebih Berotot

ini dia Land Rover Defender 110 AT35.

25-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.