Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!

Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi. Walaupun bukanlah versi facelift penuh, beberapa ciri baharu serta naik taraf ketara diberikan, termasuk dua varian pacuan semua roda (AWD) baharu untuk kedua-dua model.
Varian Baharu, 600 dan 900 Ditawarkan
Lotus memperkenalkan dua varian baharu yang dikenali sebagai 600 dan 900. Varian 600 dikuasakan oleh sistem AWD dwi-motor dengan output sehingga 603 hp (450 kW). Sementara itu, varian 900 menjadi pilihan paling berprestasi tinggi dengan kuasa mencecah 905 hp (675 kW).


Dari segi prestasi, Eletre 600 dan Emeya 600 masing-masing mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat dan 4.15 saat. Walaupun Emeya lebih pantas, kelajuan maksimumnya ditetapkan pada 250 km/j, berbanding Eletre yang mempunyai had laju 256 km/j.
Bagi varian 900, kelajuan maksimum tidak berubah, tetapi masa pecutan ke 100 km/j jauh lebih pantas dengan catatan masa hanya 2.95 saat, manakala Emeya 900 yang lebih ringan mampu mencatat masa 2.78 saat.
Bateri & Jarak Pemanduan


Kedua-dua model masih menggunakan bateri yang sama seperti sebelum ini. Eletre dilengkapi dengan pek bateri 112 kWj yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km mengikut kitaran WLTP. Emeya pula menggunakan bateri 102 kWj yang memberikan jarak perjalanan elektrik lebih jauh, iaitu 610 km.
Enam Tahap Kemasan

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan, model tahun 2026 ini didatangkan dengan enam pilihan dan peringkat kemasan iaitu 600, 600 GT, 600 GT SE, 600 Sport SE, 900 Sport dan 900 Sport Carbon.


Untuk varian asas, Eletre dan Emeya 600 dilengkapi lampu LED penuh, rim 20 inci, serta sistem suspensi udara aktif. Ciri kabin termasuk papar pandu (HUD) 29 inci (51 inci untuk Emeya), sistem audio 15 pembesar suara, kawalan iklim empat zon, dan tempat duduk LotusWear Performance Fabric.
Varian 600 GT pula mendapat rim lebih besar (22 inci untuk Eletre, 21 inci untuk Emeya) serta angkup brek enam piston. Sementara itu, 600 GT SE ditambahkan dengan ciri seperti bumbung kaca elektro-kromatik, ambang sisi bercahaya, pencahayaan ambien dan sistem audio 23 pembesar suara.
Bagi 600 Sport SE, pakej tambahan termasuk spoiler belakang aktif, pintu dengan fungsi soft-close dan tempat duduk hadapan dengan ciri pengudaraan serta urutan.


Varian 900 Sport pula merupakan versi lebih ringkas daripada 600 Sport SE, manakala 900 Sport Carbon hadir sebagai varian paling eksklusif dengan penggunaan gentian karbon pada pelbagai sudut jentera di luar dan dalam, hud komposit dan sebagainya.
Harga & Ketersediaan
Lotus Eletre dan Emeya model 2026 kini sudah boleh ditempah di pasaran UK dengan harga bermula dari £84,990 (~RM492,177). Penghantaran dijangka bermula musim panas ini di UK, sebelum diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.


Baca: Lotus Emeya Ada 3 Varian: Harga RM555K - RM777K
Baca: Varian Asas EV Lotus Eletre Kini Kembali Di Pasaran – Capai 603 HP! Cecah 600 KM! Dari RM598,800
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge