ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: VW Arteon Wolfsburg Edition-Harga Bermula RM292,612

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang Pameran Autoshow Malaysia 2025 (MAS 2025) sepanjang minggu ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)  memilih untuk melancarkan tiga model istimewanya. Kesemua model ini akan dipamerkan secara umum di MAS 2025, dimana VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 akan menjadi tumpuan utama.

image.png

Edisi khas ini didatangkan dengan pelbagai sentuhan gaya eksklusif dan tambahan menarik, baik di bahagian luar mahupun bahagian kabinnya

Antaranya termasuklah lencana Wolfsburg pada tiang-B, penutup injap tayar berjenama VW, strip pelindu pintu belakang yang bercahaya dengan logo  VW, jalur pelindung pada pintu but, penutup hab Volkswagen Dynamic, serta Cargo Elements dengan pelekat velcro pada karpet lantai but.

image.png

Malah ia juga dilengkapi dengan Perakam Trafik Volkswagen Universal 2.0 (UTR 2.0) pada bahagian hadapan dan belakang, ada penutup injap dengan logo ‘VW’ serta pembeli akan menerima sebuah kotak  Edisi Wolfsburg dengan pemegang kunciVolkswagen.

image.png


Selain daripada sentuhan gaya eksklusif dan kemudahan tambahan, VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 tidak mengalami sebarang perubahan mekanikal berbanding model Arteon fastback biasa. Ia masih mengekalkan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat  276 hp dan tork 250 NM. Enjinnya digandingkan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan serta sistem pacuan semua roda 4Motion .

Sebagai peringatan, pakej trenkuasa ini membolehkan sedan fastback empat pintu bergaya ini memecut dari 0-100 KM/J hanya dalam hanya 5.6 saat. Selain itu, versi Arteon spesifikasi Malaysia turut dilengkapi dengan sistem Kawalan Casis Dinamik (DCC) yang menawarkan lima mod pemanduan boleh pilih – Eco, Comfort, Normal, Sport, dan Individual.

Ciri-ciri standard pada model Arteon biasa juga masih dikekalkan. Antara yang menonjol termasuk rim aloi 19 inci, pakej gaya luaran R-Line, upholsteri tempat duduk kulit Nappa dengan corak ‘carbon-print’, tempat duduk hadapan jenis sporty , lampu ambien 30 warna, kawalan suhu automatik tiga zon, pakej IQ.Drive ADAS, dan banyak lagi.

Dari segi harga, VW Arteon Wolfsburg Edition 2025 dijual pada harga  RM292,612, dan Harga itu TIDAK termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP). Angka tersebut meningkat kepada RM306,012 atas jalan tanpa insurans jika VAP dimasukkan. 

Semua model Wolfsburg Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun iaitu  sebagaisebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).

Menariknya, pakej selepas jualan VAP pilihan dalam edisi istimewa ini telah dipertingkatkan dengan pakej servis selama 7 tahun atau 105,000 KM. Sebagai perbandingan, VAP model standard menawarkan waranti selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had, bersama pakej penyelenggaraan 5 tahun/75,000 KM dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9541

SELANGOR

BSR5747

JOHOR

JA2203J

PULAU PINANG

PSD7450

PERAK

APJ8023

PAHANG

CFH1520

KEDAH

KGH637

NEGERI SEMBILAN

NEK9073

KOTA KINABALU

SJT671

KUCHING

QAB1917P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

06-02-2024
Berita Auto

05-02-2024
Berita Auto

05-10-2022
Global

18-09-2022
Berita Auto

Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!

Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!

07-01-2022
Berita Auto

Volkswagen Malaysia Dan Filamen Lancar Aset Digital Arteon

Empat karya kripto yang dihasilkan berdasarkan model andalan Volkswagen, Arteon.

04-01-2022
Pandu Uji

Volkswagen Arteon R-Line 2021 VS 2020: Ini Dia Penambahbaikan Pada Versi Terkini

Versi baharu Volkswagen Arteon tampil dengan beberapa penambahbaikan.

28-10-2021
Video

Review & Pandu Uji Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 | Lebih Mahal, Lebih Power? | Caricarz.com

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION telah dilancarkan di Malaysia sejak July 2021. Harga bermula dari RM248k, harga baru Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION 2021 adalah RM27k lebih mahal daripada versi sebelum ini.

21-10-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.