ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sedar atau tidak, setiap bulan, ada sahaja pelancaran kenderaan elektrik di negara kita memandangkan kerajaan sudah meletakkan sasaran bahawa sebanyak 1.5 juta EV akan berada di negara ini menjelang tahun 2040. 

Di sebalik kerancakan kemasukan EV dan tidak kurang juga  ramai di antara kita sudah pun redha untuk beralih daripada kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE) ke versi elektrik. 

image.png

Apatah lagi, dengan  adanya pilihan kenderaan mampu milik daripada jenama seperti Neta, Tesla, BYD Proton dan banyak lagi. Malah, penerimaan EV dilihat akan semakin meningkat apabila PERODUA bakal memperkenalkan EV pertama mereka, pada sekitar harga RM90,000.

image.png

Namun timbul pula persoalan, bagaimana kerajaan akan menguruskan pelupusan bateri EV apabila negara dibanjiri dengan EV?

Bagi yang tidak tahu, di Malaysia, pelupusan bateri EV dikawal ketat oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE). DoE menguatkuasakan pemakaian panduan peleraian dan kitar semula, memastikan fasiliti berlesen mengendalikan sisa bateri berbahaya di bawah Protokol Pembuangan Berjadual SW103.

Malangnya, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) juga  sedang membangunkan Pasport Bateri EV, sistem digital yang akan menjejak komposisi, asal-usul, jangka hayat dan kebolehkitaran semula bateri EV. 

image.png

Malah, Pakar alam sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Marlia Mohd Hanafiah turut menekankan fasiliti pelupusan bateri EV di Malaysia perlu diberi perhatian serius.

"Kesan negatif daripada kaedah penimbusan tanah kepada alam sekitar daripada pembuangan bateri EV yang mengandungi logam berat ini ialah kebocoran elektrolit toksik dan pembebasan ion logam ke dalam tanah.

"Ia boleh menyebabkan pencemaran air bawah tanah jika dilepaskan ke tapak pelupusan tanpa rawatan," katanya kepada Berita Harian.

Menurutnya, melalui pembakaran, pembebasan asap toksik boleh menyebabkan risiko kesihatan kepada populasi sekitar.

Seperti sedia maklum, akan ada risiko kebakaran dan letupan apabila bateri terdedah kepada haba, selain kaedah membuang bateri berbanding kitar semula bermakna logam nadir yang kritikal hilang, sekali gus meningkatkan permintaan untuk perlombongan yang tidak lestari.

Atas dasar itu, Marlia berkata, kerajaan dicadang mewujudkan pusat pengumpulan bateri EV terpusat dikendalikan kerajaan atau vendor kerajaan untuk memastikan pengumpulan yang selamat dan penjejakan inventori.

image.png

Maka, sebab itu juga PERODUA dilihat mengambil masa yang yang agak lama untuk menghasilkan EV pertama mereka.

Malah, Perodua juga menjadi bualan hangat dalam kalangan pengeluar automotif apabila mereka mengumumkan akan menjual EV pertama mereka  pada harga RM90,000, tetapi dijual tanpa bateri.

Ini kerana Perodua tampil dengan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing. Maka, tindakan mengitar semula bateri itu  akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak pengeluar.

Setakat ini, ia hanya idea pertama Perodua namun apa pula nasib pembeli EV yang lain. Bagaimana, pembeli EV akan melupuskan bateri mereka  walaupun, ada kajian industri turut menyokong bahawa bateri EV yang dijaga dengan baik mampu bertahan antara 15 hingga 20 tahun.

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan  sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus atau dan premis bagi pembuangan bateri EV!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Inisiatif Hijau PRO-NET: Kerjasama Dengan AMTEL Untuk Kitar Semula Bateri EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd.

10-07-2025
EV

BMW Uji Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Pada BMW i7

BMW Group kini menguji teknologi bateri keadaan pepejal (SSB) untuk kenderaan elektrik (EV) masa depan jenamanya.

22-05-2025
EV

Sapura Industrial Bekerjasama Dengan Syarikat China, ZZ Tech, Hasilkan Komponen Bateri EV

Sapura Industrial Berhad (SIB) bekerjasama dengan syarikat China untuk hasilkan komponen bateri litium.

21-05-2025
EV

EV di Malaysia: Masa Depan Cerah, Tapi Apa Nasib Bateri Terpakai?

Di sebalik penerimaan terhadap EV di Malaysia yang semakin meningkat, timbul isu pelupusan bateri EV.

06-03-2025
EV

Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal BYD Secara Besar-Besaran Mula 2030 Nanti

BYD meluncur ke hadapan dengan pantas dalam aspek pembangunan teknologi terkini.

17-02-2025
EV

Jualan EV Kurang Memberangsangkan, Volkswagen Ubah Strategi

VW umum perubahan strateginya iaitu untuk memperlahankan usaha pertambahan dan perluasan kilang bateri di Eropah dan Amerika Utara.

27-08-2024
EV

Nio Keluarkan Bateri Boleh Capai Jarak EV 1,055 KM Secara Besar-Besaran!

Nio mendedahkan bateri keadaan-separa-pepejal pertama dunia yang dihasilkan secara besar-besaran.

08-04-2024
Teknologi

Bateri Nuklear Sekecil Syiling, Tahan 50 Tahun Tanpa Dicas Bakal Digunakan Pada EV?

Beijing Betavolt telah mengumumkan kejayaannya menghasilkan bateri inovatif baharu, bateri bertenaga atom yang bersaiz mini.

18-01-2024

Berita Terkini

EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.