ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pendaftaran Minat Zeekr 7X Dibuka – Kemunculan Rasmi Di Malaysia Autoshow 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-(5).jpg


SUV elektrik terbaru China,  Zeekr 7X, bakal membuat kemunculan sulung di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini. Walaupun pelancaran rasmi dijangka pada suku ketiga tahun ini, orang ramai boleh mula mendaftarkan minat mereka ketika pameran berlangsung.


Menariknya, Zeekr Malaysia menawarkan tiket masuk percuma ke Autoshow. Hanya perlu singgah ke Zeekr Space di IOI Mall Puchong untuk menebus tiket, selagi stok masih ada.


Spesifikasi Zeekr 7X


1732759240-pc-5_converted.jpg


Zeekr 7X merupakan model ketiga yang dibawa masuk ke Malaysia oleh pengedar rasmi, Preeminent Auto Sdn Bhd. Ia akan bersaing secara langsung dengan model seperti XPeng G6, BYD Sealion 7 dan Tesla Model Y. Dengan ukuran 4,825 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,666 mm tinggi serta jarak roda 2,925 mm, saiznya hampir sama dengan model pesaingnya.


Dua varian ditawarkan di pasaran global termasuk pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD). Varian RWD menjanjikan kuasa setinggi 416 hp/440 Nm, dengan masa pecutan 0-100 km/j hanya 6 saat. Sementara itu, varian AWD pula mencapai 630 hp/710 Nm dengan masa pecutan 0-100 km/j sepantas 3.8 saat. 


1732763022-_converted.jpg


Dari segi bateri, model RWD ditawarkan dalam versi bateri LFP ‘Golden Brick’ berkapasiti 75 kWj 480 km dan NMC Qilin CATL-Geely 100 kWj 615 km, berdasarkan WLTP. Varian tertinggi, AWD pula hanya didadangkan dalam versi bateri 100 kWj dengan jarak 543 km (WLTP). 


1732795703-_converted.jpg1732763594-_converted.jpg

1732763866-616l_converted.jpg


Dibangunkan dengan platform PMA2+ bersama binaan elektrikal 800V,  menggunakan pengecas DC 360 kW, masa yang diambil untuk dicas dari 10%-80% hanya sekitar 10.5 ke 15 minit, bergantung kepada kapasiti bateri. Input tertinggi bagi pengecas AC pula mencecah 22 kW. 


Harga di Malaysia Masih Dirahsiakan


Di pasaran China, Zeekr 7X dijual pada harga bermula CNY 229,900 (~RM140,700). Harga rasmi di Malaysia belum diumumkan, namun dijangka mampu bersaing dengan Tesla Model Y yang kini bermula dari RM195,450.

Baca: Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?

Baca: SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

29-09-2026
Pandu Uji

24-09-2026
EV

05-08-2026
Berita Auto

14-07-2026
Kereta Baru

23-06-2026
Berita Auto

09-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

13-02-2026

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.