BYD Atto 3 Terjual 1 Juta Unit Kurang 4 Tahun Pelancarannya – 30 Unit Setiap Jam

Lebih tiga tahun sejak pelancaran BYD Atto 3, SUV elektrik (EV) popular ini kini mencatatkan pencapaian luar biasa dengan jualan terkumpul melebihi 1 juta unit di seluruh dunia. Model yang dikenali sebagai Yuan Plus di China ini mengambil masa kira-kira tiga tahun sembilan bulan, atau secara spesifiknya, 1,391 hari, untuk mencapai angka luar biasa tersebut.
Statistik Jualan Mengagumkan


Pencapaian ini bermakna BYD Atto 3 terjual secara puratanya 30 unit setiap jam, 719 unit sehari, 5,032 unit seminggu dan lebih 20,000 unit setiap bulan. Kejayaan ini sebahagiannya disokong oleh kehadiran model ini di lebih 110 pasaran global, termasuk Malaysia.
Walaupun populariti Atto 3 cukup meluas ke seluruh dunia, majoriti jualan yang direkodkan datang dari pasaran domestiknya sendiri, China, dengan lebih 300,000 unit terjual dalam tempoh 14 bulan pertama sejak dilancarkan pada Februari 2022.
Selain Atto 3, model BYD lain turut mencapai kejayaan serupa. BYD Seagull, sebuah hatchback kompak elektrik, baru-baru ini turut mencatatkan kejayaan yang sama. Model-model lain seperti Song dan Qin juga telah mencapai jualan sejuta unit dengan varian bateri elektrik penuh (BEV) dan hibrid plug-in (PHEV).
BYD Atto 3: Sarat Teknologi Terkini


BYD Atto 3 (Yuan Plus) Facelift 2025 yang didedahkan di China awal tahun ini.
Memasuki tahun keempat pengeluarannya tahun ini, BYD Atto 3 menerima penyegaran semula di China, termasuk perubahan kecil dari segi rekaan dan penambahan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS), God’s Eye C. Harga model facelift ini di China bermula dari CNY 115,800 hingga CNY 147,800 (~RM69,043 hingga ~RM88,122). Setakat ini, versi baharu ini belum dilancarkan di pasaran luar selain China.
Baca: Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD
Spesifikasi dan Harga di Malaysia






BYD Atto 3 Ultra 2025 spesifikasi Malaysia
Di Malaysia, BYD Atto 3 ditawarkan dalam varian tunggal, Ultra, yang dilengkapi bateri ‘Blade’ LFP berkapasiti 60.48 kWj, sama seperti varian jarak jauh yang mampu mencapai jarak sehingga 420 km mengikut piawaian WLTP. Baterinya boleh dicas dengan pengecas AC 7 kW dan DC 88 kW.
Baca: BYD Atto 3 Ultra Dilancar, Antara EV Termurah
SUV elektrik ini dikuasakan oleh motor elektrik hadapan dengan kuasa 204 ps (150 kW) dan tork 310 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.
Harga jualan BYD Atto 3 Ultra di Malaysia adalah RM123,800, tidak termasuk kos pendaftaran dan insurans. Pembelian ini turut disertakan dengan jaminan kenderaan asas selama enam tahun atau 150,000 km, jaminan bateri EV selama lapan tahun atau 160,000 km, serta jaminan unit pemanduan EV selama lapan tahun atau 150,000 km.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
BYD Malaysia Jual Lebih 25K Unit Kereta Kurang 3 Tahun Di Malaysia!
Jenama kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, bersama rakan kongsi tempatan, BYD Sime Motors, hari ini mengumumkan kejayaan cemerlang di pasaran Malaysia setelah berjaya mencatatkan angka jualan terkumpul lebih daripada 25,233 unit.
10-12-2025
BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM
SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.
12-11-2025
BYD Atto 3 2026 Bakal Muncul Dalam Versi Lebih Berkuasa – 308 HP, 800V
BYD Atto 3 akhirnya melalui transformasi menjadi sebuah jentera elektrik yang lebih berkuasa dan sempurna.
10-10-2025
Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia
BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
14-07-2025
BYD Bikin Saspens, Siar Imej Model Baharu, Adakah Atto 2 Bakal Dilancar
BYD Cars Malaysia membuat saspens sekali lagi apabila mendedahkan imej teaser yang mana timbul spekulasi bahawa ia bakal memperkenalkan model elektrik terbaharunya, BYD Atto 2.
07-07-2025
BYD Atto 3 Ultra Dilancar, Antara EV Termurah
BYD Sime Motors melancarkan secara rasminya BYD Atto 3 yang kini dikenali sebagai BYD Atto 3 Ultra, semalam.
15-03-2025
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat