ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Geely A7 EM-i PHEV Segmen-D, Adakah Ini Mungkin Proton Perdana Seterusnya?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat gergasi automotif China, Geely,  telah memperkenalkan sebuah sedan segmen-D elektrik baharu untuk pasaran domestiknya, baru-baru ini.

Dalam gambar ini, ia adalah model yang dinamakan sebagai Geely A7 EM-i, dan  terdapat spekulasi bahawa ia mungkin dihidupkan semula sebagai Proton Perdana generasi seterusnya di pasaran kita?

Sebelum kita menyelami spekulasi tersebut, berikut ialah perkara penting yang perlu difahami mengenai sedan segmen-D baharu Geely ini, yang disasarkan untuk bersaing dengan Toyota Camry versi elektrifikasi di pasaran asalnya dimana ia ia merupakan satu segmen yang masih mempunyai permintaan stabil di China.

Model ini sebenarnya agak menonjol dari segi jarak pemanduan kerana ia dikatakan mampu menawarkan jarak gerak sehingga  2,100 KM, dengan penggunaan bahan api sebanyak  2.1 liter/100 KM.

image.png

Biarpun Geely tidak mendedahkan mengenai trenkuasanya namun difahamkan ia disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder.

Enjinnya dipadankan dengan sistem transmisi hibrid elektrik E-DHT (dedicated hybrid transmission) 11-ke-1 . Ia merupakan satu konfigurasi yang cukup meyakinkan untuk mencapai prestasi ini.

Selain itu, terdapat dua pilihan pek bateri LFP – 8.5 kWh dan 18.4 kWh dimana masing-masing menawarkan jarak pemanduan elektrik sekitar 60 KM dan 130 KM (berdasarkan kitaran CLTC).

image.png

Untuk output gabungan, Geely menyatakan angka 218 PS dan 262 Nm.

Menurut maklumat yang bocor melalui dokumen permohonan dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), media China melaporkan bahawa Geely A7 berukuran 4,918 mm panjang, dengan jarak roda 2,845 mm, 1,905 mm lebar, dan 1,495 mm  tinggi.

Ia adalah  ukuran standard bagi segmen-D.

image.png

Dari segi reka bentuk, A7 hadir dengan elemen moden seperti lampu depan dan belakang jenis jalur penuh (full-width). Selain itu, ia merupakan sedan jenis berkotak dengan enam tingkap sisi dan ada pemegang pintu.

Bahagian kabinnya pula, ia menampilkan reka bentuk minimalis dengan saluran pendingin hawa yang besar dan boleh dilaraskan secara fizikal, ada konsol tengah yang agak  tinggi, stereng dua jejari seperti Proton eMas 7, serta paparan digital.

Mengenai paparan tersebut, Geely belum mendedahkan butiran penuh, namun skrin infotainmen utama kelihatan lebih kecil berbanding unit skrin lebar 30 inci seperti yang terdapat dalam Geely M9. Jangkaan terbaik ialah ia menggunakan paparan 14.8 inci seperti yang terdapat pada eMas 7 EV.

image.png

Maklumat lain masih belum didedahkan sepenuhnya, namun Geely A7 EM-i dijangka akan mula dijual di pasaran domestik China tidak lama lagi, dengan harga permulaan disasarkan sekitar 100,000 yuan (anggaran RM58,984).

Berkaitan spekulasi tadi, Proton masih belum membangunkan pengganti generasi ketiga untuk model eksekutif Perdana, setakat ini.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi ini, adakah anda rasa sudah tiba masanya untuk Proton kembali ke segmen ini walaupun saiz pasaran sedan segmen-D semakin mengecil berbanding D-SUV? Kongsi pandangan anda di bawah ruangan komen ini…


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG1824

SELANGOR

BSR5984

JOHOR

JA2917J

PULAU PINANG

PSD7760

PERAK

APJ8397

PAHANG

CFH1618

KEDAH

KGH985

NEGERI SEMBILAN

NEK9207

KOTA KINABALU

SJT947

KUCHING

QAB2015P

Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Imej Render Proton Perdana: Jika Muncul Semula, Mampukah Proton Perdana Bertahan Di Pasaran?

Theottle tampil dengan lakaran terbaharu Proton berdasarkan model pesaing baharu Geely.

09-06-2025
Berita Auto

Temui Ajal Selepas Beraya

Tiga sekawan ditemui rentung apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah.

14-11-2023
Berita Auto

Semoga Anaknya Kuat

Suami isteri maut selepas hantar anak daftar kolej Matrikulasi.

11-07-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Berita Auto

Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang semalam.

09-09-2021

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.