Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja melancarkan dua model yang bernilai berjuta ringgit pada minggu lepas.
Kali ini, MBM memilih untuk memeriahkan edisi 2025 acara tahunan MBM Fashion Week Kuala Lumpur (MBMFWKL 2025) yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur dengan menayangkan satu lagi model baharu.

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun kami sudah tahu ia adalah Mercedes-Benz G Class Elektrik.
Dengan membuat kejutan ini, pihak MBM memilih tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut berkaitan spesifikasi, harga, mahupun tarikh pelancaran.
Sebaliknya, MBM memaklumkan bahawa Pendaftaran Minat (ROI) sudah dibuka


Model G-Wagen elektrik penuh ini sebenarnya sudah pun didedahkan pada Auto China 2024.
SUV off-road ikonik G-Class (atau Gelandewagen) kini dijelmakan semula sebagai sebuah model G 580 yang menggunakan Teknologi EQ.



Secara standard, ia merupakan versi produksi sebenar kepada model konsep jenama tersebut, Concept EQG,iaitu sama seperti model G-Class dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).
G580 dibina atas kerangka ladder-frame yang diperkuatkan dan menggunakan sistem suspensi belakang De Dion, menggantikan gandar belakang solid.


Perubahan ini dilakukan bagi membolehkan platform tersebut menampung konfigurasi pacuan empat motor elektrik. Ya terdapat empat motor, satu untuk setiap roda dan setiap satu dengan transmisi dua kelajuan tersendiri. Ia dilengkapi dengan pek bateri gergasi berkapasiti 116 kWh.


Untuk itu, dengan adanya empat motor elektrik, ia mamu menghasilkan kuasa 587 PS dan tork 1,164 Nm. Sebagai perbandingan, model EV ini hanya sedikit kurang berkuasa tetapi mempunyai tork yang lebih berbanding varian Mercedes-AMG G63. Model G63 yang dilengkapi enjin V8 mampu menghasilkan kuasa setakat 585 PS dan 850 Nm. Ia merupakan satu-satunya versi G-Class yang ditawarkan secara rasmi oleh MBM pada masa ini.

Mengenai pecutan, model baharu ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa4.7 saat, menjadikan G580 dengan Teknologi EQ hampir menyamai masa pecutan 0-100 KM/J 4.4 saat model ICE AMG.
Namun begitu, kelajuan maksimum EV ini dihadkan secara elektronik kepada 180 KM/J – lebih rendah berbanding 240 KM/J untuk model ICE tersebut.
Selain kelajuan, G580 dengan Teknologi EQ juga menjanjikan jarak perjalanan sehingga 473 KM (WLTP). Difahamkan, baterinya menyokong pengecasan pantas DC sehingga 200 kW, dimana ia membolehkan pengecasan 10-80% dilakukan dalam masa 32 minit.

Malangnya, cubaan kami untuk melihat ruang dalaman unit teaser G-Class elektrik sepenuhnya ini tidak berhasil kerana selain dilitupi balutan, jentera ni dikunci.
Begitupun, bahagian dalamannya dijangka menyerupai model AMG performance namun elemen sportynya dikurangkan.
Secara ringkas, G580 dengan Teknologi EQ ini hampir tiba, dan anda boleh mendaftarkan minat anda dengan pengedar sah sekarang. Dari segi harga pula, model elektrik G-Class ini dijangka ditawarkan pada harga lebih rendah dan lebih ‘mampu milik’ berbanding model AMG disebut tadi.
Sebagai makluman, model prestasi AMG itu dilancarkan tahun lalu pada harga mencecah RM1,948,888. Sementara itu, EQS 450 SUV pula berharga RM625,888 dan RM1,088,888 untuk model Mercedes-Maybach EQS 680 SUV.
Spekulasi harga di bawah RM1 juta semakin hangat diperkatakan, namun perkara ini masih belum disahkan. Maklumat lebih lanjut dijangka akan diumumkan menjelang pelancarannya nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1854
SELANGOR
BSN9734
JOHOR
JYU4127
PULAU PINANG
PSB2566
PERAK
APG4843
PAHANG
CFG1471
KEDAH
KGF1826
NEGERI SEMBILAN
NEJ9761
KOTA KINABALU
SJR2757
KUCHING
QAB5238N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku
Team CariCarz.com sempat memandu uji Mercedes-benz GLC 300, baru-baru ini.
25-08-2023
Nak Tahu Spesifikasi Lanjut Model Konsep EV, Kena Tunggu
Mercedes-Benz akan memperkenalkan model konsep EV 'peringkat permulaan'.
25-07-2023
Sempena Hari Raya, Jalan KL Makin Sesak Sebab Ramai Orang Luar Beli-Belah
Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sekurang-kurangnya satu juta kenderaan keluar dan masuk ke ibu kota Kuala Lumpur pada setiap hari.
07-04-2023
Sedan Elektrik, Mercedes-Benz EQE Akan Dilancarkan Di Malaysia 13 Disember Ini!
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) akan melancarkan sedan eksekutif versi elektrik penuh (EV), EQE.
05-12-2022
Mercedes-Benz C-Class 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Daripada RM288K
Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan C-Class serba baharu untuk tahun 2022.
25-02-2022
Mercedes-Benz G-Class Didedahkan Di China
Menjelang pameran Auto China 2024 Mercedes-Benz turut menayangkan Mercedes-Benz G-Class Electric.
25-04-2024
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?
OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.
17-12-2025
Pendaftaran Minat (ROI) Mercedes-Benz CLE Coupe Kini Dibuka
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Mercedes-Benz CLE Coupe.
27-02-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat