ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia sekali gus membuatkan ia berjaya  mengatasi model ikonik Volvo 240 sebagai kereta Volvo paling laris dalam sejarah.

Ini kerana sejak  diperkenalkan pada tahun 2008, SUV bersaiz sederhana ini terus menjadi pilihan utama ramai pelanggan  terutamanya bagi mereka yang mementingkan keselamatan, kualiti, dan pengalaman pemanduan premium.

Pada mulanya ia hanya dihasilkan di Eropah, XC60 kemudian menjadi model Volvo global pertama yang turut dikeluarkan di China bagi menyokong pasaran tempatan. Ia juga pernah dinobatkan sebagai World Car of the Year pada tahun 2018.

Sebelum ini, Volvo 240 estate merupakan pilihan utama keluarga kerana keupayaannya dalam aspek keselamatan dan prestasi pemanduan. Ia dianggap sebagai penanda aras kereta keluarga.

Namun kini, SUV telah menggantikan estate sebagai pilihan utama, dan pencapaian XC60 sebagai model Volvo paling laris sepanjang masa jelas mencerminkan perubahan keutamaan pelanggan masa kini.

Ramai yang membesar bersama Volvo 240 kini memilih XC60 untuk keluarga mereka sendiri. Seperti mana 240 membentuk kenangan zaman kanak-kanak mereka, kini XC60 mencipta memori untuk generasi baharu pula.

Ketika Volvo 240 dilancarkan pada tahun 1974, ia meletakkan standard baharu dalam keselamatan termasuk rekaan badan yang mampu menyerap hentakan hadapan dan belakang, serta kabin penumpang yang diperkukuh. Prinsip ini masih menjadi asas rekaan keselamatan Volvo hingga hari ini.

Model ini juga antara yang terawal memperkenalkan perlindungan hentakan sisi yang kemudian dikembangkan menjadi sistem Side-Impact Protection System (SIPS) milik Volvo.

Malah, Volvo turut memperkenalkan Child Booster Cushion pada tahun 1978  iaitu satu inovasi baharu yang diperkenalkan pada dunia, satu ketika dahulu. 

image.png

XC60 meneruskan legasi ini dengan memperkenalkan pelbagai teknologi keselamatan canggih seperti City Safety – sistem brek automatik pertama di dunia yang dipasang secara

standard untuk membantu mengelak atau mengurangkan perlanggaran pada kelajuan sehingga 30 km/j. Sejak dilancarkan pada 2008, teknologi ini kini menjadi ciri biasa dalam kereta moden.

image.png

Pada tahun 2017, XC60 menjadi model pertama di dunia yang memperkenalkan Oncoming Lane Mitigation – sistem yang membantu anda kembali ke lorong jika tersasar ke laluan bertentangan. Inovasi-inovasi seperti ini telah memenangi pelbagai anugerah keselamatan bebas.

image.pngimage.png

Sama seperti Volvo 240 dahulu, XC60 yang telah diperbaharui ini kini antara kereta paling selamat di jalan raya – dengan struktur badan yang diperkukuh dan teknologi bantuan pemandu terkini untuk melindungi anda dan penumpang.

image.pngimage.png

Di Malaysia, Volvo Car Malaysia (VCM) terus menawarkan model XC60 sebagai produk pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan dari kilangnya yang terletak di Shah Alam. XC60  yang ditawarkan  secara eksklusif dalam varian hibrid plug-in (PHEV)  dijual pada harga RM357,888.

image.png

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-10-2026
Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

15-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

17-10-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.