Didedah: Alpine A290, Sebuah EV Berprestasi Tinggi, Direka Untuk Pelanggannya Yang Mahu Berlumba?

Alpine memperkenalkan kereta lumba elektrik pertamanya, Alpine A290 Rally yang direka khusus untuk perlumbaan buat pelanggan yang berminat untuk menyertai perlumbaan rali di Perancis.
Dibina berasaskan model Alpine A290, maka A290 Rallye ini mampu melakukan aksi lasak di permukaan kerikil.Hakikatnya, A290 Rallye ini masih jauh untuk menjadi kereta rali sebenar seperti dalam era Group B, namun Alpine telah berusaha sedaya upaya untuk melayakkannya menyertai pertandingan rali di peringkat tempatan.
Rallye menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (pacuan roda hadapan, FWD), dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 217 HP (160 kW) sama seperti versi A290 spesifikasi paling tinggi.


Namun tidak seperti versi jalan rayanya, Rallye dilengkapi dengan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal yang dibekalkan oleh ZF untuk penghantaran kuasa yang lebih mantap, serta beberapa penyesuaian pada casis bagi mempersiapkannya untuk menyertai dunia perlumbaan rali.
A290 Rallye juga dilengkapi dengan brek tangan hidraulik yang membolehkan pemanduan lebih pantas di selekoh ‘hairpin’ dan selekoh tajam, serta penjana bunyi luaran yang meniru deruman garang kereta rali Group B sebenar.
Walaupun ia bukanlah sepenuhnya sebuah kereta rali Group B, A290 Rallye tetap dilengkapi dengan beberapa peralatan dan kelengkapan dalaman yang mematuhi piawaian FIA, termasuk kerusi bucket Sabelt dan sangkar keselamatan (roll cage) yang dikimpal terus pada rangka badan.

Apapun, Alpine A290 Rallye yang serba baharu ini akan mematuhi peraturan pertandingan rali tempatan, dan dengan tanda harga yang agak mampu milik iaitu €59,990 (RM298,378), ia turut menjadi pilihan yang relevan bagi pelanggan kereta rali peringkat permulaan.
Walaupun harganya 40% lebih mahal berbanding versi jalan raya, setiap unit A290 Rallye dibina secara buatan tangan di kilang Jean Rédélé milik Alpine di Dieppe, Perancis.


Alpine A290 Rallye akan membuat penampilan sulungnya dalam rali tertutup di acara Rallye Rouergue Rodez Aveyron Occitanie pada hujung minggu ini,.
Ia akan membuat penampilan itu sebelum kemunculan pertamanya di UK pada acara Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.
Selain itu, pembeli A290 Rallye turut akan berpeluang untuk menyertai satu acara istimewa di Perancis pada akhir tahun ini, dimana Alpine memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyokong sepenuhnya bantuan teknikal.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Alpine A390 Didedah, Ada 3 Motor Elektrik, Jarak Gerak 555KM
Jenama kereta sport dari Perancis, Alpine mendedahkan crossover elektrik pertamanya, Alpine A390, baru-baru ini.
28-05-2025
Syarikat Perancis, Alpine Car Lancarkan Kereta Konsep Kripto Pertama
Pengeluar kereta lumba yang berpangkalan di Perancis, Alpine Car, mengeluarkan kereta konsep baharu.
30-12-2021
Pantone Menggunakan Warna Signaturnya Bagi Mencerminkan Unsur Kelajuan Pada Alpine A110
Alpine A110 ditayangkan dalam satu acara berprestij di Grand Prix F1 Monaco baru-baru ini.
24-08-2021
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge