- Berita
- Kereta Baru
- Proton X50 Facelift 2025 Didedah? Apa Yang Baharu? Ini 5 Perkara Tentang Proton X50 Facelift 2025
Proton X50 Facelift 2025 Didedah? Apa Yang Baharu? Ini 5 Perkara Tentang Proton X50 Facelift 2025

Pada bulan lepas, Proton mendedahkan Proton X50 Facelift 2025 kepada pihak media dan kami juga berkesempatan memandu uji keupayaan Proton X50 serba baharu.
Seperti sedia maklum, Pendaftaran Minat (ROI) untuk Proton X50 Facelift 2025 sudah pun dibuka namun pelancaran rasmi mungkin akan diadakan tidak lama lagi.
Apa yang diketahui setakat ini, Proton X50 Facelift 2025 akan dilancarkan suku ketiga tahun ini dan akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu: Executive, Premium dan Flagship.
Mengenai harga, ia masih belum didedahkan kerana perkara itu hanya akan diketahui sejurus majlis pelancarannya nanti.
Seperti biasa, Proton masih berdiam diri tentang harga dan tarikh pelancaran, tetapi kami yakin pelancarannya tidak lama lagi, mungkin dalam beberapa minggu akan datang.
Untuk makluman model X50 RC 2024 berharga RM86,300 (Standard), RM93,300 (Executive), RM101,800 (Premium) dan RM113,400 (Flagship dengan enjin TGDi).
Dengan penawaran yang lebih ringkas dan penggunaan enjin baharu secara menyeluruh, harga permulaan X50 Facelift dijangka lebih tinggi daripada varian Standard yang telah dihentikan – dijangka sekitar RM90,000.
Di sebalik itu, mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai mengapa facelift? Namun tahukah anda, lebih 134,000 unit terjual sejak Proton X50 diperkenalkan pada Oktober 2020.
Sejak itu, SUV segmen-B ini telah menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut dan sudah menjalani beberapa versi facelift.
Begitupun kali ini ia menerima penambahbaikan yang agak ketara baik sehinggakan ia kelihatan cukup berbeza berbanding model-model facelift sebelum ini.
Apapun, ini 6 Perkara yang ada wajib tahu tentang Proton X50 Facelift 2025, berikut adalah perinciannya:

1. REKA BENTUK LEBIH BERKOTAK?
Jika dibandingkan dengan Proton X50 yang pertama kali dilancar dan versi facelift lain, model Proton X50 Facelift 2025 kali ini kelihatan tampak berbeza kerana bagi pandangan penulis, rekaannya lebih berkotak.
Jika melihat bahagian hadapannya, ia menerima perubahan yang agak ketara kerana gril di atas yang agak nipis hadir dengan jalur merah manakala bampar bawah pula agak besar serta hadir dengan kemasan bucu berbentuk L.
Selain itu, ia kini hadir denga lampu depan jenis LED reflektor jenis nipis dimana tiada lagi jenis projector manakala spoiler belakang juga dilihat lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bertekstur yang direka bentuk baharu.


Menjengah bahagian sisinya pula, ia hadir dengan rim bersaiz 17 dan 18 inci namun bergantung kepada varian.



Melihat dari sisi belakang pula, model facelift ini sebenarnya telah diberikan sentuhan semula kerana rekaan lampu belakang jenis lebar manakala pintu baru dengan kedudukan nombor plat yang lebih ke bawah. Malah, bampar belakang juha diberikan kemasan berbentuk L, sekali gus membuatkanya agak menyerlah.
Tidak ketinggalan, diffuser besar serta seperti biasa, ia masih diberikan empat ekzos.
2. KABIN DIOLAH KAW-KAW?

Selain penampilan yang jenis berkotak dan kelihatan kompak, perubahan ketara sebenarnya boleh dilihat di dalam kabinnya.
Sebaik melangah masuk ke dalam kabinnya, penulis agak terkesima kerana bahagian dalaman kenderaan ini telah dinaik taraf dengan ketara semata-mata mahu memberikan pengalaman yang lebih premium.
Ini kerana bahagian papan pemuka, konsol tengah dan sisi pintu dibaluti dengan material yang lembut sehinggakan warnanya yang perang membuatkan anda tidak berasa anda sedang duduk di dalam Proton X50.
Ketika membelek kabinnya, model Flagship ini, ia turut dilengkapi dengan paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, dimana buat julung kalinya, ia hadir dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna.

Satu lagi yang ketara adalah ia kini hadir dengan'column shifter' yang sebenarnya diinspirasikan daripada kereta mewah dan tidak dinafikan ia diinspirasikan dari kenderaan elektrik (EV) termasuk Proton e.MAS 7.
Pendek kata, papan pemuka dan konsol tengah juga sebenarnya telah direka semula sepenuhnya, kini lebih ringkas dan tersusun. Varian Flagship turut menampilkan pad pengecas tanpa wayar dan ruang penyimpanan barangan seluas 10 liter di bahagian bawah.
Apa yang terbaharu ialah ia juga hadir dengan pelindung matahari kaca depan untuk varian Flagship yang sememangnya amat diperlukan rakyat Malaysia.

Selain itu, terdapat juga Aplikasi ProtonLink 2.0, kamera 360 darjah, Kombinasi Meter 8.88 inci, lampu ambien 72 warna, penghawa dingin dengan penapis N95, Navigasi Online, WiFi 4G, kemasan dua warna, ada bumbung panaromik dan banyak lagi.
Satu lagi adalah aplikasi PROTON Link 2.0 terkini dimana ia meningkatkan kemudahan, menawarkan pengaktifan enjin dan pendingin hawa dari jauh, kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis – semuanya boleh diakses melalui peranti mudah alih.
3. YANG PENTING ADA APPLE CARPLAY, ANDROID AUTO!

Seperti mana kereta-kereta China lain, Proton X50 Facelift 2025 ini juga hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto! Lagipun, ciri ini menjadi satu keperluan penting yang perlu ada ada setiap kereta baharu.
Apa tidaknya, dua platform sambungan popular itu membolehkan pengguna mengakses fungsi telefon pintar mereka melalui skrin infoainmen kereta, sekaligus menjadikan pengalaman memandu selamat dan efisien.
Ia membolehkan pemandu menggunakan navigasi (Google Maps, Waze), melihat mahupun membalas mesej (WhatApps, Telegram) sehinggalah perkhidmatan muzik (Spotify, Apple Music, YouTube Music).
Jadi, Proton X50 Facelift juga diberikan dengan kedua-dua sokongan itu demi mengikuti trend semasa.

Ciri ini sebenarnya boleh diaktifkan melalui skrin sentuh baharu bersaiz 14.6 inci yang terbesar dalam segmennya, terletak di tengah papan pemuka X50 Facelift yang direka semula sepenuhnya. Ia dikuasakan oleh pemproses empat teras dengan RAM 6GB dan storan 64GB serta Sistem Operasi Android 10.
Apa yang penting, kedua-duanya (Apple CarPlay dan Android Auto) boleh digunakan secara wayarles.
4. DISUMBAT ENJIN BAHARU?
Ya, Proton X50 Facelift 2025 kini menerima enjin baharu iaitu enjin petrol turbo i-GT 1.5 TD 4-silinder baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif.
Untuk itu, model terbaharu ini mampu menjana kuasa (178 hp) 133 kW dan tork 290 Nm. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat sekali gus mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat.
Selain itu, Ketika kami sempat pandu uji seketika, model ini hadir dengan tempat mod pemanduan: ‘Normal’, ‘Sport’, ‘Eco’ dan mod baharu ‘Adaptive’.

Proton turut mendakwa penjimatan bahan api meningkat sebanyak 4.7%, tetapi itu bukanlah yang paling menarik.
Kami difahamkan, operasi enjin baharu kali ini lebih jauh lancar berbanding unit 3-silinder sebelum ini. Ia dipadankan dengan tahap penindasan NVH (bunyi, gegaran, kekasaran) yang dipertingkatkan sejak model X50 RC.


Sesi pandu uji 10 minit di litar Shah Alam Proton sudah cukup untuk menilai tahap keselesaan baharu ini. Ini satu aspek yang pasti membuatkan ramai yang teruja dengan X50 Facelift.
5. ADA ADAS
Seperti diketahui umum, Proton X50 Facelift 2025 juga hadir dengan sistem bantuan ADAS termasuk ciri seperti Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Pertukaran Lorong (LDW), dan Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan.
Ciri-ciri ADAS ini direka untuk meningkatkan keselamatan pemanduan dan membantu pemandu mengelakkan kemalangan namun hakikatnya,pemandu masih bertanggungjawab untuk memandu dengan selamat.


Model ini juga hadir dengan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2 yang dipertingkat melalui sistem ADAS baharu dengan susunan sensor optik dan radar yang lebih canggih.
Sensor ini membolehkan parkir automatik yang lebih tepat (lurus dan selari), paparan ‘lutsinar’ melalui kamera 360 darjah, fungsi Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), dan pelbagai lagi ciri baharu.
Kami juga sempat menguji sistem parkir automatik, ia nyata memudahkan bagi mereka yang kurang arik dalam meletakkan kereta di Kawasan parkir.


Dengan adanya ciri ini, ini menjadikan SUV segmen-B ini menjadi lebih pintar sekali gus menjadikannya lebih selamat dan praktikal untuk kegunaan harian.
Difahamkan, PROTON bakal memulakan aktiviti prapelancaran pada 5 Julai ini. Acara berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri baharunya serta menerima tempahan awal daripada bakal pembeli.
Bagi yang berminat, Proton X50 Facelift 2025 hadir dalam lima warna: Teal Bayou Green, Jet Grey, Snow White, Armour Silver dan Passion Red.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge