- Berita
- Berita Auto
- Proton X50 Facelift 2025 Didedah, ROI Sudah Dibuka, Ia Kini Hadir Dengan Arahan Suara Versi Bahasa Melayu
Proton X50 Facelift 2025 Didedah, ROI Sudah Dibuka, Ia Kini Hadir Dengan Arahan Suara Versi Bahasa Melayu

Pembuat kereta nasional, Proton akhirnya mendedahkan Proton X50 Facelift 2025 dimana versi ini menerima beberapa penambahbaikan dari segi luaran dan dalaman. Untuk itu, pendaftaran minat (ROI) untuk model ini sudah pun dibuka walaupun ia masih belum dilancarkan secara rasminya.
Dengan lebih 134,000 unit terjual sejak diperkenalkan pada Oktober 2020, SUV segmen-B ini telah menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut.
Bagi yang berminat, Proton X50 Facelift 2025 ditawarkan dalam tiga varian, Executive, Premium, dan Flagship namun harga sebenar model ini masih belum didedahkan.


Menjengah bahagian luarannya, Proton X50 terbaharu menampilkan reka bentuk luaran yang diperharui semula dengan gril dan bampar hadapan baharu, spoiler belakang yang lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bertekstur yang direka bentuk baharu.


Melihat bahagian kabinnya pula, ia dilengkapi dengan paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, selain dipertingkatkan dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna.
Bahagian dalaman kenderaan juga telah dinaik taraf dengan ketara untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium selain hadir dengan bahan sentuhan lembut, konsol lantai terapung, column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah dan lampu suasana irama 72 warna.


Selain itu, aplikasi PROTON Link 2.0 terkini dikatakan meningkatkan kemudahan, menawarkan pengaktifan enjin dan penghawa dingin dari jauh, kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis. Difahamkan semua ini boleh diakses melalui peranti mudah alih.
Mengenai trenkuasanya, ia disumbat dengan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif. Begitupun, Proton masih belum menjelaskan secara terperinci mengenai enjin baharu ini.
Untuk itu, model terbaharu ini mampu menjana kuasa (178 hp) 133 kW dan tork 290 Nm. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat sekali gus mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat.
Dengan peningkatan ketara 4.7% dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.
Sementara itu, dari segi ciri keselamatan, ia hadir dengan pelbagai ciri keselamatan canggih termasuk column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah, fungsi tambahan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dengan Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS), sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan dan Kamera HD 360 darjah.
Antara kelengkapan lain ialah paparan telus bawah kenderaan 180 darjah memastikan X50 memberikan kecerdasan dan keyakinan di belakang roda.

Apa yang cukup menarik ialah ia disokong dengan penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang dimana pemandu boleh menikmati pemanduan dalam keadaan tenang.
Sehubungan itu, pelanggan boleh memilih daripada empat warna sedia ada, Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver dan penambahan baharu yang menarik iaitu Teal Bayou Green.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi
Pengeluar kereta nasional, Proton, terus menunjukkan momentum positif dalam pasaran automotif Malaysia.
12-12-2025
Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!
Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah.
19-07-2025
Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah – Rebat RM1,000, Kad TnG Percuma
Proton secara rasmi membuka tempahan untuk model baharu X50 selepas acara pratonton penuh tenaga bertemakan “Ready to Roar” yang diadakan di Setia City Mall.
06-07-2025
Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?
Benarkah X50 akan datang bakal hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay? Ini kupasannya...
27-11-2023
7 BENDA Wajib Kena Tahu Tentang Proton X70 2025
Walaupun harga masih belum diumumkan, Proton X70 sudah boleh ditempah dengan bayaran deposot RM500.
05-08-2024
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat