CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

Selepas pengumuman persaraan Adrian Mardell, Jaguar Land Rover (JLR) akhirnya mengumumkan pengganti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbarunya semalam. PB Balaji, yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa mulai November 2025. Pengumuman rasmi ini dikeluarkan oleh JLR dan kumpulan induk, Tata.
Latar Belakang PB Balaji

PB Balaji bakal menggalas jawatan sebagai CEO JLR baharu
PB Balaji menggalas tugas sebagai CFO Tata Motors sejak November 2017 dan memiliki pengalaman luas selama 32 tahun dalam sektor automotif dan barangan pengguna.
Menurut JLR, beliau pernah menerajui pelbagai peranan dalam bidang kewangan dan rantaian bekalan. Kedua-dua organisasi mendedahkan bahawa Balaji “telah memainkan peranan penting dalam proses transformasi” syarikat, dengan membawa pengalaman dari Tata yang beroperasi di Mumbai, London, Singapura dan Switzerland.
Dalam kenyataan rasmi, Balaji berkata, “Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan bagi membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi. Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar Adrian dan mendoakan beliau berjaya dalam fasa seterusnya.”
Sumbangan Adrian Mardell

Adrian Mardell telah bersara daripada jawatannya sebagai CEO JLR
Walaupun berita persaraan Mardell hanya disebarkan secara meluas selepas dilaporkan oleh Autocar UK minggu lalu, perkara ini telah lama dalam perancangan. Pencarian pengganti telah lama dimulakan iaitu sejak beberapa bulan lalu, jelas pengerusi Tata, Natarajan Chandrasekaran.
Adrian Mardell bersara selepas 35 tahun bersama JLR dan selepas hampir tiga tahun bertugas sebagai CEO syarikat tersebut sejak pengunduran mengejut CEO sebelum ini pada tahun 2023. Dalam tempoh tersebut, beliau memainkan peranan besar dalam peralihan syarikat itu kepada jenama kenderaan elektrik sepenuhnya.
Mardell juga diiktiraf kerana berjaya mengubah nasib JLR yang berdepan dengan kerugian besar dan hutang selepas pandemik, kepada pencapaian keuntungan tertinggi yang pernah dicatatkan dalam tempoh sedekad tahun lalu. Beliau juga dipuji kerana mengetuai pelaksanaan strategi peruncitan baharu kumpulan yang dinamakan ‘House of Brands’.
Baca: Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
Baca: Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Land Rover Defender 2026 – Kini Lebih Eksklusif & Ada Ciri Off-Road Canggih
Jaguar Land Rover (JLR) secara rasmi telah memperkenalkan versi terkini bagi model ikoniknya, Land Rover Defender.
29-05-2025
Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000
JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.
15-04-2025
Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.
10-10-2024
Ini Dia Video Acah Range Rover Elektrik, Prestasi Setanding Enjin V8?
Jaguar Land Rover (JLR) baru-baru ini telah mendedahkan beberapa imej dan video acah yang pertama untuk SUV mewah terkenalnya, Range Rover.
18-12-2023
[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover
Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.
30-03-2023
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing
Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.
24-02-2026
Ini Dia SUV Elektrik Premium Tata Motors, Avinya X, Elegan Habis
Tata Motors India sudah bersedia untuk memasuki pasaran automotif premium apabila syarikat itu memperkenalkan konsep crossover elektrik baharunya.
21-01-2025
Pengerusi Tata Motors, Ratan Tata Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun
Pemilik dan Pengerusi Tata Motors, serta bekas pengerusi Jaguar Land Rover, Ratan Tata menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di sebuah hospital di Mumbai, India malam tadi.
10-10-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge