Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Toyota Hilux generasi akan datang yang sedang dibangunkan di Thailand bakal menggunakan ‘Travo’ sebagai sebahagian daripada nama baharunya. Model ini dilaporkan semakin hampir ke fasa akhir pembangunannya dengan pelancaran yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.
Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?
Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang agak ketara yang mana bentuk papan pemuka (dashboard) memiliki persamaan dengan SUV 4x4 Toyota yang lain seperti Land Cruiser Prado generasi terbaru dan RAV4.

Elemen seperti corong udara berbentuk kotak dan tuil penukar gear diambil daripada model Prado, manakala panel instrumen dan skrin infotainmen berasingan berukuran 12.3 inci pula menyerupai susunan dalam model RAV4.


RAV4


Land Cruiser Prado
Antara kelengkapan lain di ruang kabin yang jelas kelihatan ialah dua glovebox, butang penghidup enjin, tempat meletak telefon di bawah pendingin udara bahagian tengah, serta suis pemilih mod pacuan empat roda yang diletakkan di sebelah kiri tuil gear.
Reka Bentuk Luaran Toyota Hilux Travo



Toyota Hilux GR Sport generasi terkini
Awal tahun ini, kita dapat lihat dengan jelas ‘kemungkinan’ sentuhan luaran yang bakal diberikan kepada Hilux generasi ke-9 Travo, dikongsikan oleh pelukis olahan grafik terkenal, Chin Swee Hoe (@Theottle).
Baca: Lakaran Ini Dedah Wajah Sebenar Toyota Hilux Generasi Ke-9 'Travo'?

Kali ini, kita dapat lihat dengan lebih terperinci dan tepat elemen rekaan yang mungkin akan diberikan kepada generasi terbaru itu nanti kerana lembaran paten yang sama turut mendedahkan reka bentuk Travo. Beberapa ciri menarik dapat dilihat seperti pemijak kaki pada bampar belakang, memudahkan akses ke ruang kargo pikap, sama seperti pesaing utamanya, Ford Ranger.
Ciri Mekanikal Toyota Hilux Travo
Toyota Hilux Travo bakal tiba dengan banyak perubahan selain reka bentuk yang diperbaharui sepenuhnya. Dari segi kuasa, ia dijangka menggunakan enjin turbodiesel yang mematuhi piawaian Euro 5/Euro 6 terkini, dengan kemungkinan turut dipadankan teknologi hibrid ringkas (MHEV) untuk meningkatkan kecekapan bahan api.
Ujian Versi Prototaip Di Thailand
Prototaip kenderaan ini telah dikesan sedang diuji di Thailand sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan proses pembangunannya kini sudah melangkah ke fasa terakhir. Bagaimanapun, Toyota masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasminya.
Baca: Toyota Hilux Travo Bakal Dilancar, Toyota Sudah Pun Fail Tanda Dagangan "Hilux Travo"

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge