ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Grab Malaysia & GIATMARA Bekerjasama Tingkatkan Kemahiran Pemandu Melalui TVET

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GRAB-BYD-GIATMARA-Caricarz-(5).jpg


Grab Malaysia kini mempergiat usaha untuk memperkasakan komuniti pemandunya menerusi kerjasama strategik bersama GIATMARA dan BYD Sime Motors. Inisiatif ini bertujuan membantu pemandu dan rakan kongsi perkhidmatan penghantaran menaikkan kemahiran selain membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi.


Program Latihan Bersama GIATMARA


GRAB-BYD-GIATMARA-Caricarz-(1).jpg


“Kerjasama bersama GIATMARA melalui GrabAcademy membolehkan rakan kongsi kami mengikuti kursus peningkatan kemahiran yang membantu mereka terus maju bukan sahaja di Grab, malah di luar platform ini. Ia juga selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan golongan ini,” ujar Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor. 


Sejak 2017, GrabAcademy aktif menawarkan pelbagai program latihan bersama agensi kerajaan dan sektor swasta, termasuk kerjasama dengan Institusi seperti Saito University College dan Aisya Rahman Advisory, yang telah disertai oleh ribuan pemandu dan rakan kongsi penghantaran seluruh negara.


Kini, bersama GIATMARA, akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dipertingkatkan bagi membantu pemandu menguasai kemahiran praktikal seperti penjagaan dan keselamatan kenderaan, operasi logistik, asas elektrik dan kenderaan elektrik (EV), perkhidmatan digital dan pelanggan serta pengurusan perniagaan kecil dan kewangan.


Gabungan Pembelajaran Dalam Talian dan Praktikal


GRAB-BYD-GIATMARA-Caricarz-(4).jpgGRAB-BYD-GIATMARA-Caricarz-(3).jpg


Program ini akan menggabungkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel menerusi GrabAcademy dengan sesi praktikal di pusat GIATMARA. Pendekatan ini membolehkan pemandu belajar mengikut tahap masing-masing sambil memperolehi pengalaman praktikal yang dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan.


Kolaborasi Grab & BYD Buka Peluang Menaikkan Pendapatan


GRAB-BYD-GIATMARA-Caricarz-(6).jpg


Dalam masa yang sama, Grab dan BYD Sime Motors turut mendedahkan kerjasama yang telah dimulakan pada Jun 2025 lalu untuk mempercepatkan peralihan kepada mobiliti elektrik. Kolaborasi ini memperlihatkan 10 buah MPV elektrik BYD M6 disediakan untuk tempahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


GRAB-BYD-GIATMARA-Caricarz-(7).jpg


Melalui program ini, pemandu yang layak boleh menerima rebat sehingga RM25,000 serta rebat 2% bagi servis kenderaan yang dibayar secara tunai. Insentif ini memudahkan lagi pemilikan EV serta membuka peluang pendapatan lebih tinggi. 


Inisiatif bersama BYD Sime Motors ini dilaksanakan di seluruh negara bermula 6 Oktober hingga 31 Disember, terbuka kepada pemandu baharu dan sedia ada.

Baca: Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama

Baca: Grab Lancar Perkhidmatan EV Di KLIA

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP6187

SELANGOR

BST6013

JOHOR

JE275J

PULAU PINANG

PSF4625

PERAK

APL4024

PAHANG

CFH6954

KEDAH

KGH9879

NEGERI SEMBILAN

NEL7861

KOTA KINABALU

SJU259

KUCHING

QAB5448P

Terakhir Kemas Kini 12 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.

29-06-2025
Berita Auto

Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab telah mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat automotif China, BYD, untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pemandu Grab di Asia Tenggara.

16-01-2025
Berita Auto

Proton, Grab Jalin Kerjasama, Ada Berita Baik Untuk Abang Grab Kalau Nak Beli Proton Saga

Proton turut menawarkan faedah eksklusif mulai 4 November ini menerusi kempen “Saga Power Up for Grab Drivers”.

25-10-2024
Berita Auto

“Tambah Baharu Grab Jejas Pendapatan Pemandu!” Anthony Loke Digesa Campur Tangan

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, meluahkan rasa kecewa terhadap struktur tambang baharu yang diperkenalkan

02-02-2023
Berita Auto

Kementerian Pengangkutan Minta APAD, Grab Bincang Perubahan Kadar Tambang

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menghubungi pihak Grab Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

18-01-2023
Berita Auto

Tambang Per Minit Grab Naik 215%! Ini Penjelasannya...

Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan kadar tambang dan insentif baharu.

17-01-2023
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Cerun Runtuh Punca Sesak Dekat Terowong Menora

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan sesak akibat cerun runtuh.

11-09-2026
Berita Auto

Kereta Mewah Terbakar

Nahas Porsche Terbakar: Pemandu Sempat Selamatkan Diri.

11-09-2026
Berita Auto

Pengeluaran Perodua Axia E Bakal Dihentikan Nov Ini?

Perodua Axia E Tiada Lagi Selepas November Ini.

11-09-2026
Berita Auto

Lebuh Raya BSE Kurangkan Kesesakan Di Greater KL

Lebuhraya BSE RM1.75 Bilion Hubung Bandar Malaysia dan Seri Kembangan.

11-09-2026
Berita Auto

Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?

BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.

11-09-2026
Berita Auto

Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman

Sita Kenderaan: JPJ Beri 14 Hari Selesaikan 40,595 Saman.

11-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Minyak Sekarang?

Kenaikan seragam sebanyak 25 sen ini melibatkan petrol dan diesel tanpa subsidi.

11-09-2026
Berita Auto

Zeekr 009 Jadi Shuttle VIP Rasmi di Subang SkyPark

Eksklusif! Zeekr 009 Tawar Servis Shuttle Mewah di Subang SkyPark.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.