ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.pngimage.png

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

Kedua-dua model ini diperkenalkan semasa Pameran Automotif CMTA 2025 yang berlangsung di ibu negara Sri Lanka, Colombo. Pelancarannya dilakukan oleh Unimo Enterprises Ltd, pengimport rasmi yang juga anak syarikat kepada United Motors Lanka PLC, sebuah konglomerat automotif besar di negara tersebut.

image.png

Biarpun, Perodua sudah bertapak di Sri Lanka hampir tiga dekad, ini merupakan kali pertama kedua-dua model berasaskan platform DNGA  Ativa dan Myvi generasi ketiga (facelift terbaru) diperkenalkan secara rasmi di pasaran itu. Menariknya, Myvi dilancarkan dengan dua varian.

Untuk makluman, Perodua Ativa 1.0 AV yang ditawarkan dalam satu varian dijual pada harga  Rs. 10,850,000,  RM149,056 manakala Perodua Myvi pula hadir dalam dua varian dijual pada harga 1.3 G 13,450,000 (~RM185,000) dan 1.5 H berharga Rs. 14,950,000 (RM205,000).

image.png

Jika dibandingkan dengan harga di Malaysia, berikut adalah perinciaannya:

  • Ativa 1.0 AV bermula dari RM72,600
  • Myvi 1.3 G (tanpa PSDA) berharga RM46,500,
  • Myvi 1.5 H berharga RM54,900.

Dari segi spesifikasi teknikal, kesemua model yang dijual di Sri Lanka sebenarnya sama sahaja dengan versi di Malaysia. 

Namun, harga yang tinggi adalah akibat kadar tukaran mata wang serta struktur cukai import kenderaan yang sangat tinggi di Sri Lanka.

Bagaimanapun, pembeli di sana menerima jaminan selama 5 tahun atau 150,000 km, sesuai dengan harga “premium” yang dikenakan.

image.pngimage.png

Apapun, pihak Unimo Enterprises Ltd kekal optimistik terhadap potensi jualan kedua-dua model baharu ini memandangkan jenama Perodua sudah mencatat lebih 17,000 unit terjual di bawah pengedaran Unimo setakat ini.

Dalam tempoh 6 hingga 7 bulan sejak larangan import ditarik balik, syarikat itu juga telah berjaya menjual lebih daripada 1,000 unit pelbagai model Perodua di seluruh Sri Lanka  termasuk Axia, Bezza, dan Aruz.

Dengan kemasukan Ativa dan Myvi, Unimo menjangkakan lonjakan jualan yang lebih tinggi pada masa akan datang.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

01-10-2026
Berita Auto

17-09-2026
Berita Auto

18-05-2026
Global

22-01-2026
Global

03-11-2025
Global

16-06-2025
Berita Auto

12-08-2024
Global

25-07-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.