- Berita
- Berita Auto
- Subaru Forester Terpilih Model Terbaik Jepun 2025-2026 – Kalahkan Honda Prelude & Toyota Crown
Subaru Forester Terpilih Model Terbaik Jepun 2025-2026 – Kalahkan Honda Prelude & Toyota Crown
-full_normal.jpg)
Model yang baru sahaja membuat kemunculan sulungnya di Malaysia pada Oktober lalu, Subaru Forester generasi keenam telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan bagi anugerah berprestij Japan Car of the Year (JCOTY) 2025-2026.
Untuk edisi ke-46 anugerah ini, SUV bersaiz sederhana tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah 1,149 mata, menewaskan pesaing terdekat seperti Honda Prelude Hybrid (1,076 mata) dan Toyota Crown Estate (654 mata) untuk merebut hadiah utama.
Dengan kemenangan ini, SUV yang menggunakan enjin Boxer itu kini berdiri sebaris dengan model-model yang pernah dinobatkan sebagai juara pada tahun-tahun yang lalu, termasuk Mitsubishi Triton (2024-2025) dan Toyota Prius (2023-2024).
Apakah Model Lain Yang Turut Mendapat Pengiktirafan?


VW ID.Buzz (kiri) & Porsche 911 GTS T-Hybrid gen 992.2 (kanan)
Selain anugerah terbesar sebagai Kereta Terbaik Jepun, beberapa model lain turut mendapat pengiktirafan dalam kategori khas:
- Volkswagen ID.Buzz, walaupun gagal ‘menaiki’ podium, MPV elektrik ini berjaya memenangi dua anugerah penting iaitu Kereta Import Terbaik Jepun dan Kereta Reka Bentuk Terbaik Tahun Ini.
- Porsche 911 GTS generasi 992.2 memenangi anugerah Kereta Dengan Teknologi Terbaik Tahun Ini. Kemenangan ini adalah hasil daripada sistem T-Hybrid yang inovatif, yang meningkatkan prestasi melalui elektrifikasi tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan.




Model lain yang berjaya memasuki senarai 10 teratas termasuk Nissan Leaf EV (generasi ketiga), Hyundai Inster, BMW 2 Series Gran Coupe, Peugeot 3008 (generasi ketiga), Suzuki eVitara dan Daihatsu Move (generasi ketujuh).
Butiran Subaru Forester di Pasaran Jepun

Di pasaran domestik Jepun, Subaru Forester baharu ini ditawarkan dalam lapan varian! Harga jualan bermula dari JPY 4.048 juta (kira-kira RM107,107) untuk varian asas Sport, sehingga JPY 4.598 juta (kira-kira RM121,659) bagi varian tertinggi Premium S:HEV EX.
Model spesifikasi Jepun ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu:
- Enjin Boxer CB18 1.8 liter 4 silinder berpengecas turbo 177 PS.
- Enjin Strong Hybrid 2.5 liter 4 silinder dengan output 197 PS.
Butiran Subaru Forester di Pasaran Malaysia


Sementara itu, Subaru Forester generasi keenam yang dijual di pasaran Malaysia hanya ditawarkan dalam satu varian iaitu 2.5 i-S EyeSight. Model ini diimport sepenuhnya (CBU) dan dijual pada harga RM221,500.
Ia dikuasakan oleh enjin boxer aspirasi natural 2.5 liter 4 silinder yang menjana kuasa 185 PS dan tork 247 Nm.
Juga Menarik: Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
-full_normal.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka
Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.
22-09-2025
Pendaftaran Minat Subaru Forester GT Wild Lite Kini Dibuka – Lebih Ranggi & Lasak!
Motor Image Malaysia telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Subaru Forester GT Wild Lite. Ini perinciannya...
16-02-2024
Subaru Forester Masuk AS
Subaru melancarkan secara rasminya SUV Forester baharu semepan pameran LA Auto Show 2023.
17-11-2023
Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles
Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.
06-11-2023
Harga Subaru Forester 2023 Turun RM10K – Kini Dari RM164K
Harga bagi model SUV segmen C, Subaru Forester, diturunkan.
24-08-2023
Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!
Subaru Forester 2.0i-S GT Edition Eyesight – SUV Ranggi Untuk Semua!
09-08-2023
Berita Terkini
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma
Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.
04-09-2026
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab
Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.
04-09-2026
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat