Chery Bakal Lancar 4 Model, Bilik Pameran Chery Kini Pula Bercirikan Gen 4

Antara model Chery.
Chery Malaysia akan melancarkan sekurang-kurangnya empat model terbaharunya pada tahun ini.
Selepas Chery Tiggo 8 didedahkan pada awal tahun ini, SUV tiga barisan tempat duduk peringkat permulaan dan model mewah flagship juga akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini yang mana sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa ia mungkin adalah Tiggo Chery 9.


Chery Tiggo 9 PHEV CSH.
Dua lagi model baharu akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini ialah model yang menawarkan “prestasi dan versatiliti yang dipertingkatkan”, manakala model kedua pula adalah untuk anak muda yang direka untuk pelanggan yang mementingkan gaya serta mencari identiti dan personaliti yang lebih menyerlah.
Pada suku keempat nanti, Chery Malaysia dikatakan akan melancarkan model terakhirnya yang dikatakan berteraskan “kemajuan terkini dalam teknologi Chery Super Hybrid (CSH).”
Seiring dengan pelancaran produk ini, Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, mengumumkan bahawa pengeluar itu menjangkakan pertumbuhan model elektrifikasi CSH pada tahun 2026, dengan sasaran jualan sehingga 30% daripada jumlah jualan tahunan syarikat tahun ini.

Barisan produk yang bakal dilancarkan.
“Bagi tahun 2026, kami menjangkakan produk CSH akan berkembang sehingga mewakili 30% daripada campuran jualan kami, disebabkan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap kenderaan hibrid,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa siri SUV Tiggo akan terus menjadi fokus teras strategi produk Chery Malaysia pada masa akan datang manakala teknologi CSH yang akan terus memacu peralihan jenama itu ke arah elektrifikasi.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang,
Selain produk baharu, Chery Malaysia juga berhasrat untuk terus memperkukuh jejak rangkaian tempatan, yang kini merangkumi 59 pusat jualan, 54 kemudahan selepas jualan, dan 25 pusat badan dan cat (B&P) di seluruh negara.
Difahamkan, pengeluar dari Wuhu itu akan mengambil pendekatan lebih strategik dengan menumpukan usaha kepada pengukuhan keupayaan cawangan sedia ada.
Ini kerana pihak syarikat mahu memastikan setiap pusat Chery di Malaysia mampu memberikan kualiti perkhidmatan yang tinggi serta konsistensi operasi yang lebih baik.

Rangkaian Chery di seluruh Malaysia.
Antara langkah yang diambil termasuk pengenalan reka bentuk bilik pameran Generation 4 Chery, dengan cawangan pertama yang mengguna pakai identiti korporat (CI) terkini ini ialah Chery Perai.
Pusat 4S yang diperbaharui ini menampilkan imej yang lebih premium dan moden, lengkap dengan logo Chery yang dikemas kini.

Pusat 4S Chery Perai yang bercirikan identiti Gen 4.
Pelaksanaan kemas kini CI ini akan dilakukan secara berperingkat di semua cawangan Chery Malaysia, dengan pusat 3S dan 4S akan datang dijadualkan mengadaptasi identiti Generasi 4 baharu sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang jenama tersebut untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG5063
SELANGOR
BSR6750
JOHOR
JA4518J
PULAU PINANG
PSD8934
PERAK
APJ9306
PAHANG
CFH1913
KEDAH
KGH1537
NEGERI SEMBILAN
NEK9538
KOTA KINABALU
SJT1351
KUCHING
QAB2172P
Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah
Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.
21-07-2025
MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Chery Malaysia turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).
09-05-2025
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Berita Terkini
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat