ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

VW Golf 1.5 eTSI R-Line 2026 Kini Di Pasaran – Dari RM179,990 Untuk Pembeli Terawal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-2.jpg


Setelah sekian lama dinantikan sejak sesi pratonton pada November 2025, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi model Volkswagen Golf 1.5 eTSI R-Line 2026.


Menariknya, model hatchback ikonik yang dipasang tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini tampil dengan pelbagai pembaharuan teknikal dan kosmetik yang lebih matang, bermaksud ia bukannya sekadar berwajah baharu, tetapi kini merupakan sebuah jentera yang lebih cekap dan mesra pengguna.


Ada Promosi Istimewa Untuk Pembeli Terawal?


Caricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-1.jpg


Bagi model baseline yang telah diberikan nafas baharu ini, VPCM menawarkan struktur harga yang cukup menarik iaitu RM185,990. Tetapi, untuk 50 pelanggan pertama, model ini ditawarkan hanya pada harga RM179,990 (Jimat RM6,000!).


Setiap pembelian disertakan dengan waranti Volkswagen (VAP) selama 5 tahun tanpa had perbatuan, servis percuma selama 5 tahun dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.


Caricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-6.jpgCaricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-3.jpgCaricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-14.jpgCaricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-7.jpg


Mengapa Model eTSI Ini Dianggap Sebagai "Kebangkitan" Semula Golf R-Line?


Caricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-12.jpgCaricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-9.jpg


Jika anda masih ingat, varian R-Line sebelum ini pernah dihentikan jualan kerana sambutan yang agak hambar. Namun, versi Mk 8.5 ini hadir dengan ‘resipi’ yang jauh lebih mantap:

  • Trenkuasa Hibrid Ringkas MHEV: Menggabungkan enjin 1.5L 4 silinder turbo dengan sistem belt-starter generator (BSG) 48 volt.
  • Prestasi: Menghasilkan 150 PS dan 250 Nm, dipadankan dengan sistem transmisi DSG 7 kelajuan.
  • Jimat Bahan Api: Mencatatkan penggunaan bahan api serendah 5.2 liter/100 km, menjadikannya varian Golf paling efisien dalam pasaran sekarang.

Apakah Perubahan Besar Pada Ruang Kabin Mk 8.5 Ini?


Caricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-10.jpgCaricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-11.jpgCaricarz-TA-2025-VW-Golf-eTSI-RLine-Facelift-8.jpg


Salah satu rungutan orang ramai pada model sebelum ini adalah butang sesentuh haptik pada stereng yang sukar dikendalikan. Volkswagen nampaknya mendengar komen yang dilontarkan. 


Butang kawalan pada stereng kini kembali kepada jenis fizikal, sekali gus menamatkan era ‘salah tekan’ butang haptik.


Ciri lain kekal sama seperti skrin sesentuh tengah bersaiz 12.9 inci (dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar), panel instrumen TFT 10 inci, sistem pendingin hawa tiga zon, pengecas peranti tanpa wayar dan sebagainya.


Sejauh Mana Tahap Keselamatan Volkswagen Golf Baharu Ini?


Keselamatan tidak diabaikan. Golf 1.5 eTSI R-Line kini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) IQ.Drive yang serba canggih, memberikannya kemampuan pemanduan tahap 2.

Komen penulis: Satu langkah bijak daripada Volkswagen sebab bagi tumpuan terhadap aspek penjimatan bahan api. Isu butang stereng yang 'menyakitkan hati' dulu pun setel! Dengan diskaun sebanyak RM6,000 untuk 50 pembeli pertama, adakah anda antara yang tertarik untuk beli model ni? Jangan lupa share artikel ni dengan kawan yang tengah cari kereta baru tu!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3625

SELANGOR

BST3575

JOHOR

JD4073J

PULAU PINANG

PSF2146

PERAK

APL1472

PAHANG

CFH5857

KEDAH

KGH7835

NEGERI SEMBILAN

NEL6328

KOTA KINABALU

SJT8259

KUCHING

QAB4874P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-05-2024
Berita Auto

11-03-2024
Kereta Baru

20-01-2024
Berita Auto

08-01-2024
Kereta Baru

02-01-2024
Berita Auto

26-12-2023
Berita Auto

09-08-2023
Berita Auto

15-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan

PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.