ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Buat julung kalinya, OMODA | JAECOO Malaysia menayangkan  Jaecoo J5 EV sempena  ekspo  Oh My Meow! Expo 2026 yang sedang berlangsung di Mid Valley bermula hari ini hingga 19 Julai nanti.

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Encik Chris Tan, berkata, JAECOO J5 EV menandakan satu pencapaian penting sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama daripada OMODA | JAECOO Malaysia. 

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

"Ia mencerminkan komitmen kami untuk memperluaskan portfolio produk elektrik kami di samping memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang.

"Penampilan umum pertamanya di Oh My Meow! Expo 2026 membolehkan kami memperkenalkan J5 EV dalam suasana gaya hidup yang unik, yang melengkapi reka bentuk mesra haiwan peliharaan, teknologi pintar, serta kepraktisan harian model ini menjelang pelancaran rasminya," katanya.

image.pngimage.png

Difahamkan,  JAECOO J5 EV disasarkan untuk semua terutama kepada pencinta haiwan peliharaan. Model ini adalah  model pertama di dunia yang menerima pensijilan dalaman mesra haiwan daripada TÜV SÜD.

Ia menggunakan bahan kabin yang lebih tahan calar dan bau, selain susun atur ruang serta sistem kawalan suhu yang direka untuk memastikan haiwan peliharaan lebih selesa sepanjang perjalanan.

Sebagai SUV elektrik sepenuhnya yang pertama daripada OMODA | JAECOO Malaysia, J5 EV dikuasakan oleh motor elektrik pacuan roda hadapan yang menghasilkan kuasa setakat 155 kW (211 hp) dan tork 288 Nm, sekali gus memberikan prestasi yang lancar dan responsif untuk ulang alik harian mahupun pengembaraan hujung minggu.

JAECOO J5 EV dilengkapi dengan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) CATL berkapasiti 58.9 kWh, yang menawarkan jarak pemanduan WLTP sehingga 402 KM. Direka untuk kemudahan harian, bateri ini menyokong pengecasan pantas DC dari 30% hingga 80% dalam masa 28 minit sahaja.

image.png

J5 EV juga menampilkan fungsi Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan pemilik membekalkan kuasa elektrik terus daripada kenderaan kepada peranti elektrik luaran yang serasi. Ciri ini menjadikannya teman ideal untuk aktiviti perkhemahan, aktiviti luar dan gaya hidup aktif.

Ciri-Ciri Utama: Teknologi, Keselesaan dan Ruang

JAECOO J5 EV mempertingkatkan lagi pengalaman pemilikan melalui rangkaian ciri-ciri mendahului kelasnya yang memfokuskan kepada Teknologi, Keselesaan dan Ruang.

JAECOO J5 EV menyatukan teknologi pintar yang meningkatkan kemudahan, keselamatan, serta keyakinan memandu:

  • Teknologi Active Grille Shutter (AGS).
  • Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2+.
  • Sistem Kamera Pandangan Sekeliling 540° HD
  • Skrin Infotainmen Pusat 2K 13.2-inci

Bukan itu sahaja, setiap aspek kabin telah direka dengan mengutamakan keselesaan:

  • Bumbung Kaca Panorami 1.45m²:
  • Cermin Sisi Hadapan Dwi-Lapisan (Double-Glazed).
  • Suspensi Belakang Multi-link.
  • Kawalan Iklim Automatik Dwi-Zon.

Selain itu, ia turu hadir dengan:

  • But Hadapan (Frunk) 35-liter: Menyediakan storan tambahan untuk barangan keperluan harian.
  • Ruang Kargo Belakang 480-liter: Menawarkan kapasiti bagasi yang luas untuk perkelahan keluarga, membeli-belah atau aksesori haiwan peliharaan.
  • 35 Ruang Storan Pintar: Disepadukan secara strategik di seluruh kabin bagi memastikan setiap barangan mempunyai tempatnya yang tersendiri, sekali gus meningkatkan kebolehgunaan harian.

Bagaimanapun, OMODA | JAECOO Malaysia tidak mendedahkan harganya namun ia dikatakan berkemungkinan besar akan dijual sekitar RM120,000.

Pengalaman Gaya Hidup Unik di Oh My Meow! Expo 2026

image.png

Sebagai jenama automotif pertama yang bekerjasama dengan pameran berfokuskan kucing di Malaysia, OMODA | JAECOO Malaysia membawa JAECOO J5 EV melangkaui bilik pameran tradisional untuk mendekati pengguna melalui pengalaman gaya hidup yang unik.

Orang ramai boleh  mengunjungi ruang pameran OMODA | JAECOO bagi melihat JAECOO J5 EV dengan lebih dekat secara eksklusif sepanjang acara Oh My Meow! Expo 2026.

📅 Tarikh: 9 hingga 12 Julai 2026

📍 Tempat: Aras 3, Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Mid Valley Megamall.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Boleh Ditempah, Anggaran Dari RM120K – Mewah Tapi 'Murah'

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia memulakan tahun 2026 dengan langkah kanan. Selepas mencatatkan prestasi jualan luar biasa pada tahun lalu, tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada ‘adik’ model J7, Jaecoo J5.

13-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Berita Auto

Jaecoo J5 & J7 PHEV Jadi 'Kanvas Seni' Di LahLahLand 2025

Omoda | Jaecoo Malaysia mencuri perhatian umum di festival gaya hidup LahLahLand 2025 dengan pameran dua SUV gah, Jaecoo J5 dan J7 PHEV.

06-11-2025
Kereta Baru

Jaecoo J5 Dipertontonkan Di Omoda | Jaecoo Carnival 21-24 Ogos - Anggaran RM120K

Jaecoo J5 membuat kemunculan umum di Malaysia di acara Omoda | Jaecoo Carnival yang kini sedang berlangsung di Desa Park City.

21-08-2025
Global

SUV Jaecoo J5 Dipertontonkan – SUV Segmen B Terbaru, Pelancaran di Malaysia 2025?

SUV crossover segmen B terbaru, Jaecoo J5, telah membuat penampilan sulung globalnya baru-baru di 2024 Omoda Jaecoo International User Summit.

21-10-2024
Tips

Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?

Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.

03-09-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.