Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya

Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic menghidupkan kembali edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.
Model ikoniknya dihasilkan dengan buatan tangan di Jaguar Classic, Coventry dan contoh pertama model ini ditayangkan di pameran berprestij Concours Elegance di Istana Hampton Court pada 3 September lalu.

Pengarah Jaguar Classic, Dan Pink berkata, jentera C-Type adalah salah satu kereta paling ikonik dalam sejarah perlumbaan terkenal itu yang pernah dipandu oleh beberapa pelumba yang terkenal.
“Jentera ini masih mengekalkan hasil rekaan ikonik dan paling canggih Malcolm Sayers menerusi perisian 3D lukisan CAD,” katanya.

Menerusi teknologi moden dan kepakaran kejuruteraan, Jaguar Classic berdasarkan spesifikasi Continuation pada tahun 1953 yang pernah mendominasi kejuaraan pada perlumbaan Le Man 24 Jam.
Oleh itu, ciptaan C-Type Continuation dilakukan secara lebih mendalam dari segi sejarah dan warisannya bagi mendapatkan maklumat mengenai cara pembuatannya, spesifikasi dan kehebatannya kereta lumba berkuasa ini.
Sebelum kerja-kerja pembangunan dilakukan, kerja-kerja penyusunan data mengambil masa selama dua tahun dan kemudian digabungkan dengan kereta ikonik pada abad 21.

Bekas pemandu pandu uji dan jurutera Jaguar Cars, Norman Dewis OBE turut memberikan perkongsian bermakna sepanjang proses pembuatan jentera berkenaan.
Malah, pasukan tersebut juga mempunyai akses C-Type dan gambar-gambar bersama catatan pereka legenda Jaguar Cars, Malcolm Sayer pada badan jentera itu.

Tahukah anda, kesemua model dihasilkan menerusi lakaran 3D malah Jaguar Classic Continuation juga dihasilkan dengan cara yang sama.
Ia bermula dengan beberapa elemen pada kerangka dan seluruh struktur jentera ini bagi menyediakan visual utama kepada jurutera. Ia bertujuan untuk memastikan semuanya dipadankan dengan maklumat asal sedia ada.

Dengan menggunakan metodologi moden dan alat canggih yang dimiliki Jaguar Cars, ia sebenarnya membantu mengesahkan keaslian dan kepintaran C-Type yang asal.
Oleh itu, C-Type Continuous akan dibina menjelang acara perlumbaan yang diilhamkan oleh pemiliknya pada tahun 2022.

Setiap contoh yang dilengkapi dengan enjin 3.4 liter DOHC, sebaris enam silinder dengan karburator weber 40DC03 menghamburkan kuasa 220 bhp pada 5,800 rpm.
Ia dipadankan dengan transmisi manual 4-kelajuan dengan pam hidraulik Plessey yang dipasangkan pada pam kotak gear yang mengepam cecair hidraulik ke dalam brek.

Malah, jentera ini juga dipadankan dengan rim aloi 16 inci dan brek cakera yang mampu memecahkan rekod perlumbaan Le Man 24 Jam.
Walaupun tiada sebarang tujuan baharu untuk C-Type namun semua jentera Continuation akan tetap mengekalkan anomali asli.
Spesifikasi C-Type pada 1953 menampilkan penutup kotak fius yang berbeza berbanding C-Type dari tahun 1951 hingga 1952.

Kesemua kereta Continuation baharu menampilkan versi asal yang telah diubahsuai dengan reka bentuk sesuai bersama cermin pandang belakang Lucas yang asal.
Untuk makluman anda, material yang digunakan di bahagian dalaman untuk semua model Continuation adalah yang asli dimana ia digabungkan dengan elemen lama dan baharu bagi memastikan keasliannya selain menyediakan kemasan berkualiti tinggi.

Trim hardura digunakan untuk bahagian kokpit dan diubah suai pada tahap yang lebih baik berbanding C-Type asli tetapi masih berwarna silver.
Kemasan Rexine pada papan pemuka dan panel sisi Continuation adalah jenis material terakhir dimana ia kemasan yang sama seperti 70 tahun lalu.
Tempat duduk adalah dari kulit mewah dari rakan kongsi, Bridge of Weir yang terdapat dalam lapan pilihan warna.

Ia turut dipadankan dengan stereng Bluemel yang asli dimana tiadanya bentuk bulat yang dipasang di bahagian tengahnya. Bagaimanapun, para pelanggan boleh menentukan lencana Jaguar ikonik jika mereka mahu.

.Kesemua model Continuation diluluskan oleh FIA dan dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan bersejarah itu misalnya, Jaguar Classic Challenge yang pernah berlumba di Le Mans.





Hanya 12 warna ditawarkan iaitu Suede Green, Cream, Pastel Blue dan British Racing Green. Begitupun, proses kerja-kerja mengecat mengambil masa selama seminggu.
Secara keseluruhannya, sejak penampilan sulungnya pada tahun 1951 iaitu, tahun ia memenangi perlumbaan Le Mans, model C-Type adalah kereta lumba perintis dan kini hasi; buatan tangan Continuations C-Type kini menghidupkan semula reputasinya dengan bangga.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!
Jaguar mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.
03-12-2024
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.
26-11-2024
Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...
Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...
27-06-2022
Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi
Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.
23-03-2022
Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace
Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.
31-12-2021
Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!
Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'
28-10-2021
Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini
Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.
11-10-2021
E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!
Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.
01-07-2021
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge