ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dekati Model Futuristik BMW i7 2023 Di Acara Eksklusif 'Forwardism' BMW 23-24 Sept - Dari RM707K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-10.jpg

BMW i7 xDrive60 M Sport dijual pada harga bermula dari RM707,250


Ingin menyaksikan kenderaan elektrik (EV) mewah yang futuristik dan canggih secara lebih dekat? Ayuh ke acara “Forwardism, by BMW” yang berlangsung dari 23 hingga 24 September, 2023 ini di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Model yang dipamerkan, ialah satu-satunya varian BMW i7 yang ditawarkan di Malaysia, xDrive60 M Sport, yang dijual pada harga bermula dari RM707,250, harga atas jalan tanpa insurans. 


Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-097.jpgWeb_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-098.jpg

Direka berdasarkan bahasa rekaan terkini BMW, ‘Forwardism' yang futuristik


Model yang menjadi bukti inovasi, rekaan futuristik dan kelestarian ini dikuasakan oleh dua motor yang menggerakkan kesemua roda (AWD) dengan output 544 HP dan 745 NM, membolehkan kereta melakukan pecutan dari 0-100 KM/J dalam masa hanya 4.7 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 240 KM/J. Menurut BMW, EV ini boleh mencapai perjalanan EV sejauh 600 KM dengan satu cas penuh. 


Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-25.jpg

Masa pengecasan hanya 50 minit menggunakan pengecas DC


Kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 105.7 kWh yang boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC sehingga 195 kW yang membolehkan EV dicas dengan pantas dari 10-80% dalam masa hanya 50 minit. 


Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-04.jpg

Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-118.jpgWeb_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-119.jpg

Bahasa rekaan ‘Forwardism’ membuatkan model ini tampil dengan beberapa elemen unik  BMW Iconic Glow yang dapat dilihat pada lampu hadapan dan gril


Model 7 Series generasi keenam daripada BMW ini direka berdasarkan bahasa rekaan ‘Forwardism’ yang memberikannya pelbagai elemen menonjol pada segenap sudut seperti penggunaan lampu hadapan BMW Iconic Glow Swarovski Crystals dengan gril eksklusif BMW yang bercahaya pada lingkaran sekelilingnya. 


Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-004.jpgWeb_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-021.jpg

Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-009.jpgWeb_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-020.jpg

Beberapa sudut yang menyerlahkan aura sporty BMW i7 xDrive60 M Sport 

Selain itu, sebagai sebuah varian M Sport, pelbagai elemen sporty disematkan seperti bampar yang lebih agresif pada bahagian depan dan belakang, rim aloi 909 M bergaya M Aerodynamic 21 inci dalam warna hitam Jet Black.


Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-068.jpg
Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-035.jpgWeb_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-033.jpg

Ruang kabin yang padat dengan teknologi canggih


Bergerak ke bahagian dalam, segenap ruang tampil menyerlah dengan pelbagai elemen  canggih seperti BMW Interaction Bar, skrin teater BMW 31.3 inci pada ruang penumpang, sistem BMW Live Cockpit Plus dengan paparan melengkung yang menggabungkan dua skrin iaitu kluster instrumen 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci. Sistem infotainmen boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. 


Web_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-076.jpgWeb_CariCarz_BMW-i7-Forwardism-062.jpg


Kelengkapan menarik lain adalah pengecas telefon pintar tanpa wayar, pencahayaan ambien, sistem audio keliling Bowers & Wilkins 21 speaker, penutup jendela gulung automatik, tempat duduk dengan fungsi pemanas/ventilasi dan banyak lagi. 


Dari segi keselamatan, BMW i7 lengkap dengan pelbagai teknologi seperti brek kecemasan autonomi, amaran penukaran laluan, amaran keluar laluan, amaran lintasan trafik belakang/depan, amaran keluar, kawalan jejajah aktif dengan fungsi henti-mula dan sebagainya. 


Web_CariCarz_BMW-Forwardism-Event-Launch-32.jpg


BMW i7 xDrive60 M Sport dijual pada harga bermula dari RM707,250, sekiranya termasuk jaminan lanjutan dan pakej servis, boleh mencapai RM729,800. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

24-01-2024
Kereta Baru

18-09-2023
Berita Auto

14-09-2023
Kereta Baru

23-06-2023
EV

19-04-2023
Global

13-03-2023
Berita Auto

10-01-2023
EV

29-12-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.