Tesla Model Y Bakal Meluncur Di Jalan Raya – Serahan Pertama Hari Ini
-full.webp)
Tesla Motors Malaysia telah membuat penyerahan kumpulan pertama Tesla Model Y kepada pelanggan di Malaysia hari ini.
Setelah hampir lapan bulan diperkenalkan di pasaran negara, Tesla Motors Malaysia akhirnya memulakan penyerahan pertama bagi Model Y. Walaupun crossover elektrik ini merupakan model pertama yang dilancarkan oleh syarikat Tesla di Malaysia, Model Y adalah model kedua yang diserahkan kepada pelanggan selepas Model 3.
-full.webp)
-full.webp)
-full.jpg)
-full.jpg)
Kira-kira 80 unit Model Y diserahkan kepada pelanggan hari ini.
Majlis penyerahan Tesla Model Y telah diadakan di ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya dengan kira-kira 80 unit Model Y dirancang untuk diserahkan kepada pelanggan pada hari pertama kempen penghantaran ini. Lebih banyak unit Model Y dijangka bakal diserahkan dalam tempoh terdekat.

Diperkenalkan buat pertama kali pada bulan Julai tahun lalu, kedatangan Model Y di pasaran kita diadakan bersama-sama dengan pelancaran syarikat Tesla Motors Malaysia, menjadikannya sebagai salah satu syarikat automotif terawal yang menerima manfaat insentif cukai EV daripada kerajaan Malaysia.

Ditawarkan dalam tiga varian, versi asas, Model Y Standard Range menggunakan pek bateri 60 kWj yang memberikan kuasa kepada motor yang dipasang di bahagian belakang (RWD) dengan output 299 PS dan 420 Nm. Ini membolehkan kereta membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat. Dengan cas penuh, varian ini boleh mencapai jarak EV maksimum 430 km (WLTP).

Seterusnya, varian pertengahan, Model Y Long Range menggunakan dua motor AWD yang lebih berkuasa dengan bateri 78.1 kWj. Output yang dihasilkan ialah 514 PS dan 493 Nm, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa yang lebih pantas, 5 saat. Jarak EV maksimum Model Y LR ialah 533 km (WLTP).

Akhir sekali, varian tertinggi, Performance, menggunakan dua motor dengan sistem pacuan semua roda (AWD) sama seperti varian LR, namun ditala agar lebih berkuasa. Dengan output 534 PS dan 660 Nm, varian Performance boleh memecut laju dalam masa hanya 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 250 km/j. Bagaimanapun, jarak EV varian ini lebih rendah berbanding varian LR kerana hanya boleh mencapai 514 km (WLTP).

Tanpa ciri tambahan lain, Tesla Motors Malaysia menawarkan Model Y Standard Range pada harga RM199,00, Long Range pada RM246,000 dan varian Performance pada RM288,000. Harga tersebut termasuk jaminan kenderaan standard selama 4 tahun atau 80,000 km dan jaminan bersaingan bagi pek bateri dan trenkuasa EV selama 8 tahun atau 160,000 km.
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat